p/s nih bukan tpt mengular ye kawan-kawan...tempatku mengepam saja.. ehehheheeee
Thursday, January 8, 2009
My Pumping Station
Sungguh senang hatiku kembali ke sekolah. Selain dari waktu mengajar yang masih mengizinkanku melakukan sesi mengepam, pumping station @ surau di PKG (Pusat Kegiatan Guru) sudah dikemaskini. Oleh kerana PKG telah mendapat set kerusi baru (jati lagi tu..okehhhh). Dan kurasa para pegawai di PKG itu sudah sedia maklum dengan aktivitiku di surau itu. Maka mungkin kerana itulah kerusi ini diletakkan di dalam surau. Dengan ini dapatlah ku mengepam dengan lebih selesa dan tenang. Terima kasih untuk Encik Halimi (bekas guruku nihhhh...), Encik Mat Zan dan Kak Nab di atas keizinan mereka membenarkan aku menggunakan surau ini. Jadi kalian lihatlah suasana pumping station ku. Dek kerana begitu selesa untukku yang bersendirian di situ, kadangkala ku bawa laptopku untuk menemaniku sewaktu mengepam. Bolehlah ku pam sambil membloghopping blog kawan-kawan...:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Ooh satu statement yang ikhlas...bukan tempat mengular ye..kekeke..
yerr mimi... mana leh ngulor..kang x psl2 GB dtg ketuk pintu laks...ehehehheee
jgn smpi tertidur kat situ pulak yer :-)
intan guna jenama apa yer? elok tak?... masih mencari pump yg sesuai ni
wah selesa tu dgn kosi yg empuk jgn tertitun dah yer....
sooo.. comfy..
aku pam bersila ngadap dinding je.. hahaha..
mamaaina & ciklinn..stakat nih x pernah tertdo lagik..harap2 jangan laaa..huhuhuuu
kak iena, saya guna Ameda lactaline.Sgt puas hati. Cuba akak bukak link ni psl revew saya ttg ameda : http://myprecious-sayangibu.blogspot.com/2008/08/pam-pureen-ibu-ameda-lactaline-personal.html
Sha... x pe laa sha, asalkan ada ruang untuk kita mengepam...
Post a Comment