Wednesday, March 25, 2009

Peminat-Fanatik-Ibu...

Kalian..sejak akhir-akhir ini, aku diselubungi keresahan. Hidupku tidak setenang dulu. Ke sana-sini, sentiasa ingin diekori. Arggghhhh...kadang-kala aku merindui ketenangan yang dulu. Hidupku jadi tak keruan kerana tiba-tiba aku mempunyai seorang Peminat-Fanatik. Dan lebih haru lagi kerana aku tidak mampu menghindarinya walau apapun yang berlaku. Sebelum kuteruskan kisah peminat-fanatik misteri ini, biarlah aku perkenalkan dulu wajahnya.....


**




Jeng...........jeng.................jengggggggggggg..................
*
****
*****
Peminat-Fanatik-Ibu yang comel dan tembam..bagaimanakah mampu kuhindarinya????

Aku mengesan peminat-fanatikku ini sebelum cuti sekolah hari tu. Dan terbawa-bawa sehingga ke hari ini. Pantang ternampak kelibat aku, pastinya dia menggediks-gediks nak dapat aku. Tak peduli laaa ketika tu dalam dukungan siapa. Dan lebih dahsyat lagi, kalo aku ada dan tinggalkan dia sekejap, maka dia akan melalak macam kena dera dan akan senyap sambil tersengih-sengih kesukaan bila aku kembali memegangnya...huhuhuuuuuu....
Masa bercuti ke KL aritu makin menjadi-jadi. Almaklum, perjalanan yang lama, ditambah asik menghabiskan masa dalam kereta, maka makin seronok lah dia dalam pelukan ibu. Bila-bila nak, pastinya dapat nenen kesukaannya. Maka bila di hotel, aku nak ke jamban pun tak boleh okehhh... Pantang kelibat aku hilang dari pandangannya, maka akan merengek lah dia mencari aku. Mr Hubby pun fenin melihat peminat-fanatik aku yang sorang ni. Bila aku tak ada, dia nampak sesiapa pun pakai tudung munawwarah pastinya dia akan tergediks-gediks meliang-liuk dalam dukungan abahnya.
Sekarang ni, dah boleh bergerak ke sana-sini. Semestinya, ke mana jua aku pergi...ke dapur, hatta bilik air sekalipun..sekejapan saja dia sudah ada dekat denganku. Aduhai Ainin.... habislah satu rumah ibu ko lap ye nak.... Aku sekarang memang terkejar-kejar buat keja padan muka aku. Balik dari sekolah lebih kurang pukul 3, memang perlu menenenkan dia di samping membuat sesi mengepam. Mesti nak nenenkan hingga aku dia tertido. Lepas tu, bila dia tido jek, haruslah aku cepat-cepat bersilat di dapo sebelum dia bangun. Kalo dia tak tido-tido, pukul 5 aku mesti pergi masak jugak. Dan pastinya acara bersilat di dapo memasakku lebih ganas lagi kerana diselang-selikan dengan adegan meroyan yang tidak ingin anda lihat memujuk dan melayan dia. Aku mesti siap memasak pukul 6, kerana setelah itu aku nak mandikan Aina dan Ainin. Kemudian sesi bagi makan sambil menonton SpaQ menyusul selepas itu. Itu belum masuk nak kemas umah yang biasa aku buat sambil curik-curik masa (kalo ada) atau kalo tak malam jek laaaa aku kemas umah...sapu apa yang patut...huhuhuhuuuu. Jadi acara memblog memang susah nak diselitkan di antara aktivit-aktiviti yang disebutkan itu. Malam...bila anak-anak dah tido, kalo aku masih larat..barulah boleh bukak blog.
Kelmarin dia demam tiba-tiba. Makin tak nak berenggang lah dari aku. Kesian tengok si bam-bam yang masih ada hati nak menggediks walopun demam. Badan je panas, tapi aktifnya sama je. Cumanya, aku mesti di sampingnya, kalo tak merengek laaa dia. Hari ni dia dah sihat. Tapi masih belum berhenti menjadi peminat-fanatikku. Apakah ini lantaran air hikmat seperti kata mama ealyie yang kuberikan padanya?????

Ainin....Ibu sayang Ainin.... Tak kisahlah kalo jadik peminat fanatik ibu sampai ibu penat pun... Jadi ibu memang lah penat kan....hehehheheheee

9 comments:

::Umi Sufira:: said...

Memang sunnguh fanatik la peminat mu itu kalu sampai ke jamb*n pun dia menangis..ekekeke.....takpe2 penat yang berbaloi walaupon geram kan...:)

ar.nie said...

wakakaka... lawak laa cara ibu ainin wat entry nih... so cute, ainin!

ahh, intan, bila kiter away daripada mereka (baby) nie, pasti terbayang2 kembali aksi diorang gedik2 nak manja2 dgn kita kan, eventho bapaknya ader, pasti kita yg jadi 1st choice... *yeay*

setuju! hikmat "air hikmat" laa tue... ;)

~ As ~ said...

aku ada peminat fanatik lelaki..tp perempuan blm ada...hehehehe

arina said...

intan,
thanks linked mine :)

salam perkenalan dari kak ana.

:)

Ealyie said...

beb,
ko jgn tak tau.. salah satu pengalaman aku paling sadis is, aku letak high chair iris dlm toi**t bersama2 irisnya skali, utk menjoin aku together2 aku qada' hajat ko tau!!!!
time tu hidup aku mmg sungguh tak karuan, nak menyelesai biz nan satu tu pun tak tenteram..
tapi itu sume kini tinggal kenangan beb...
Iris pun tak koser nak tgk aku ehem..ehem.. kat toi**t tu n share the same smell! hahahahaha...

mamaDhea said...

wah, ganasss ealyie sampai camtu skali.. ahaks!

aku, paling kuat pon biar aje laa hadif mekak kat luar toilet.. janji pintu bilik kunci/tutup..

Mummy Dasy said...

wat suspen jek... mmg betul² fanatik tu tp xpe ada hasil...

~~ciklinn~~ said...

ala comell peminat fanatik nie.... linn pun suka gak kalu diekori peminat fanatikk yg comell camnie..

sayangibu said...

ye arnie..mmg laaa best kalo jadik pojaan hati anak2 kannn, lebih dari ayahnya..tapi si ayah pon pasti tersenyum senang, sbb anak asik nak ngan ibu jek...;p

hahhahaaa...mimi.. nih n3 ibu yg tensen sebenarnya nih...;p

auwww as... peminat mak sume pompuan nyahhhh!!!! kihkihkihhhh

slm p'kenalan kak ana..thanx 3 dropping by...;)

beb..ko take your own sweet time skang nih..coz ur next big-fans is in the making...hahhahahaa

sha...masalahnya aku nih..x tahan dengo baby melalak..bingit beb...boleh meroyan aku dibuatnya...;p

mummy dasy, saje wat saspen..hahahhaaa...sapa laaa lagi yg nak jadik peminat fanatik mak orang yg dah beranak dua nih...;p

ciklinn...suka kannnn...mmg laaa suka...tapi letih gak kengkadang tawww...kihkihkihhhh