Thursday, March 5, 2009

Makan Owhhh Makannn...

Hmmm... aku di tanya oleh Puteri Kiut @ Nita tentang supplement yang bagus untuk breastfeeding bagi menambah berat badan susu, selain dari Fenugreek yang aku sebutkan dalam entri yang lepas. Aku tidak pernah mencuba supplement lain. Owhh..ada, Mama Ealyie pernah memberiku cuba minum milkmaid Tea dan ia juga memberi kesan. Cumanya aku lebih senang mengambil Fenugreek kerana ada diskaun selalu lebih senang nak beli. Selain dari itu aku dengar Shaklee juga ada keluarkan supplement untuk menambah susu. Namun aku tak pernah mencubanya. Boleh rujuk BlogKakN untuk maklumat mengenai Shaklee ini. Beliau ialah BF mommy yang merupakan pengguna/pengedar tegar produk ini...:)

Jika ingin berkisah tentang makanan untuk BF mommies selain supplement ini, ku percaya telah ramai mommies yang menyenaraikannya. Namun aku juga kepoci ingin menyenaraikan makanan yang telah ku cuba dan akui keberkesanannya...
1. Oat + Susu/Horlicks ---> Breakfast wajib untuk aku
2. Lobak putih
3. Jantung hatiku pisang
4. Sayur Pucuk manis
5. Makanan berhalba

Itu di antaranya lah yang memang selalu ku amalkan. Namun yang pasti, pesanan untuk diriku (juga mommies lain) jangan sekat makan, minum air sebanyak yang mungkin sampai perut kembung dan jangan stress walopun laki aku slalu tak ada

Ok..harap sedikit info ini boleh membantu Nita dan mommies yang baru ingin menjinakkan diri ke dunia Breastfeeding. Untuk kawan-kawan mommies yang berpengalaman sila lah tambah nasi apa yang kurang di ruangan komen yer..terima kasihhhh...:)

5 comments:

mamaDhea said...

so far aku serasi dgn:-

1. longan kering ~ tp susu mak jadik cair..
2. oat+horlicks ~ err, not my favourite sbb agak muak.. haha.. tp time susu merudum, bedal aje..
3. makanan berhalba kots ~ everytime aku mkn kari mamak atau pape yg berhalba, terasa juga susu bertambah..

tetapi, aku tidak menjadikan mknan itu sebagai rutin sbb anak aku kan RC.. kang byk sgt kang, haru pulak aku nak buat stok.. alangkan stok sediada pon tak terminum..

sekian, komen saya kali ini.. ;P

mamaDhea said...

btw, nak tambah.. memandangkan aku tak gemor dgn oat+horlick, aku ada beli instant oat nesvita tuh.. sedap jugakk.. takpon instant milo+oat.. lagi sodappp.. hehehe..

Queenin Murni said...

kurma, habatuss sauda(bagus amal ni.. boleh menghindar semua penyakit kecuali mati) cewahh!!

and my last option: drugs..
currently taking motidom :P

Mummy Dasy said...

Dulu pun me selalu amik lobak putih & jantung pisang smpi naik pahit tekak tiap² makan benda yg sama & supplement my SIL syorkan minyak ikan

puterikiut said...

tq tq for the entry n comments.. btw lobak putih tu masak apa ye.. wahh lps nie intan kena buat entry resepi lak..hehe