Wednesday, March 4, 2009

I Can't Live Without...*UPDATED*

***Untuk yang ingin mengetahui rupa Fenugreek yang ku kisahkan di bawah ini, silalah buka LinkIni. Pernah kukisahkan di situ sebelum ini...:)


Owhhhh.... I really can't live without..... FENUGREEK...

Yer...ini pengalaman aku 3 hari kebelakangan ini. Di samping rutin harian mengambil oat + susu @ horlicks sebagai sarapan pagi, aku memang tidak pernah melupakan Fenugreek ini. Namun, 3 hari lepas, bekalan Fenugreek ku telah terputus. Dan memandangkan aku memang malas nak ke GNC di Jusco Permas, maka aku tak lah mengambil supplement ini.

Dan akibatnya, supply ku mula merudum perlahan-lahan. Elok-elok biasanya boleh dapat dalam 7 oz sekali pam, tiba-tiba merosot ke 6 oz saja. Dan hari ini lagi teruk...4 oz sajer hokehhh...Owhhh.... tak cukup untuk sekali minum. Ainin biasa minum 5 oz per sesi. Dan aku terus berdezupppp ke GNC hari ini sepulangnya dari sekolah. Tak kuasa aku nak stress esok pagi kalo aku pam merudum lagi.

Aku tak tahu lah mommies lain. Maybe korang, tak perlu ambil fenugreek ini untuk maintainkan supply, cukup dengan pemakanan natural. Aku juga mengamalkan pengambilan makanan yang boleh menambah susu. Sayur-sayuran dan sebagainya...Dan yang paling rutin oat lah, namun aku tetap memerlukan fenugreek. Nasib baiklah aku dah ada member card GNC, jadi..dapatlah potongan tetap 25% yang mana menjadikan harganya.. RM47.20 daripada harga asalnya, RM62.90. Sebulan aku memerlukan sebotol fenugreek ini dan hasilnya tidak menghampakan aku.

Jadi kalian, kalo ada yang ingin menggunakan keahlianku..sila beritau yer..kalian hanya memerlukan nombor ahli ku saja untuk mendapatkan potongan... Jangan segan-segan..:)

8 comments:

iena hamdi said...

apa benda tuh yang? cuba letak gambo

::Umi Sufira:: said...

Title kita harini ala2 dilamun cinta gitu..tapi target yang satu...BFing kan..semuga menarik lebih ramai mommies BFing..:)

~ As ~ said...

intan, tunjuklah gmbar fenugreek tu..

sayangibu said...

owhh..kak ina dan as tak tau yer..nanti ku update ok

ye mimi..kecintaan kite adalah sama..semoga makin ramai juga yang jatuh cinta..:)

puterikiut said...

Intan, apa lagi ek makanan supplementary utk tambah susu tu ..

p/s: dah order emeda..hrni sampai kot ;)

mamaDhea said...

beb,
nanti bebila aku nak ke GNC, aku calling2 ko laa eh minta no ahli.. ngee~

sayangibu said...

ermm..kalo supplement...yang kuk ketahui keberkesanannya..fenugreek ni lah.. owhh..milkmaid tea pun bagus juga. dengar kata shaklee pun ada supplement utk susu..tp x pernah try.. a'way...slmt berkecimpung dgn ameda..:)

psst sha...boleh saja...call ku anytime yer...

meyou said...

Hai nak minta no ahli gnc bole?