Monday, March 30, 2009

Hipokrit...

Aku benci manusia hipokrit. Hari ini kemuncak perasan stress dan sedih aku. Sepanjang minggu lepas, telinga aku ni dah naik sebu di sindir-sindir oleh manusia-manusia hipokrit.

Aku... di sekolah ni, seorang Guru Data. Masa mengajar aku 21 waktu seminggu (dah dikira banyak gak, patutnya cuma 16 sahaja). Masa aku memang sikit nak dibandingkan dengan cikgu-cikgu lain yang mencecxah sampai 36 waktu seminggu. Tapi keistimewaan aku ini adalah kerana aku dibebankan dengan pelbagai tugasan lain yang aku rasa pernah aku kisahkan dalam n3 terdahulu. Jadi soal masa aku yang sikit ni, memang tak patut jadi hal dibandingkan dengan tugas-tugas aku yang lain. Selain dari guru data, aku pegang jawatan Ketua Panitia, yang menuntut aku update segala kejadah yang memang menyimpang dari tugas utama aku..MENGAJAR.

Baru-baru ni, ada seorang umat tu,diberi tugasan. Yang memang menjadi tugas dia sejak dulu lagi. Aku tau dia stress sebab bagi dia kerja dia menambun, waktu mengajar dia banyak. Tak macam aku. Dan aku tak paham nape dia nak sakitkan aku yang masa mengajar sikit ni tapi keje aku menambun jugak. Cumanya aku tak p heboh-hebohkan keje aku banyak. Aku tiptop bab pengurusan masa. Aku uruskan masa aku sebaiknya supaya aku tak stuck dengan segala kerja aku. Jadi mungkin orang nampak aku sangat senang hati sebab banyak masa free.. boleh oo laaa laaa...sampai boleh p mengepam susu dengan senang hati. Dan bermulalah episod sindir-menyindir aku, yang pada mulanya aku IGNORE kan saja. Tapi bila dah menyentuh bab-bab pam susu nih (macam fid kata, orang BF nih memang pantang diusik..wenggg!!!!). Jadi aku memang tak tahan.

Hari ni aku dapat perkhabaran, umat-umat itu telah mengadu domba rasa tak puas hati terhadap aku kepada guru besar. Owhhhh...giler kannn?? Tapi itulah, guru besar tetap menyebelahi aku, kerana di matanya aku memang seorang yang punctual, cekap membuat kerja dan tak pernah menolak kerja yang diberikan. Aku bernasib baik kerana itu. Kalo tak pastilah kerja mengepam aku terpaksa aku hentikan. Hari ini, aku pening kepala..sebab dari tadi menangis tak henti. Aku menaip sambil meleleh airmata. Aku dah menangis tak hingat depan guru besar meluahkan rasa stress aku terhadap persekitaran kerja aku ni. Guru besar banyak menasihat danmenenangkan aku. Dia tau aku tak salah..Alhamdulillah.

Dan yang aku sangat sedihkan ialah...kerana umat-umat itu adalah manusia yang kuanggap sahabat baikku. Tidakkah hipokrit mereka itu??? Owhhhhh..aku sangat sedih dan stress....





10 comments:

Yan said...

they are not your best friend then..


jangan sedih2.. happy ini tertakluk kepada diri kita sendiri.. senyum sket... cak :P

Ealyie said...

Beb,
mcm CY cakap tula.. 'Mereka2' itu bukan kawan baik kau hokehhhhhh!
Kalau baik takde niat nak jatuhkan kau mcm tu semata2 alasan keje menimbun.

Kau bersabarlah, ni sume dugaan buat kau nak fully bf Si Michelin tu..

Dah GB bagi penuh kepercayaan kat kau, jgn kau herankan yg lain2 tu k..

Rilek beb, tenyum tikit..tenyum...;)

::Umi Sufira:: said...

Intan--> Apa yang berlaku kat Intan nih ada iras2 yang berlaku kat Mimi cuma jalan critanya berbeza..kenapa pasal pumping tuh yang dipersoalkan walhal nak pertikaikan pasal benda lain..Intan banyak2 bersabar..memang pedih nak hadapinya....macam mimi pun even dah redha, pedih dalam hati nih Tuhan aje yang tau...banyak2 sabar kay! anggaplah ini dugaan dalam BF journey..

~ As ~ said...

sabar sabar sabar...ingat Intan ramai lg kawan2 dlm alam maya ni..

mamaDhea said...

btol ckp as tu.. ramai lagi rakan2 cyber yg sudi.. er, sudi ape? ;P

sabar ek..

puterikiut said...

meleleh juga baca cite intan..byk2 bersabar ye..di mana2 pun ada yang dengki..yang penting maintainnnn k..

iena hamdi said...

itu bukan kawan baik yang... tu nama dia kawan bengap...

dah jangan layan org cenggitu.. sama la kita.. akak ni pun tengah stress dgn perangai org cenggitu...

siap nak penampar akak lagi.. nak ugut nak rosak kedai akak la.. tak puas hati sebab akak mengadu pada kawan lain.. dah la.. wat derk ajer

Zety Zin said...

banyakkan bersabar ok. lain org lain ujiannya.

takpe. GB yang memahami kan ada ;)

Mrs Noba said...

tak perlu fikir apa org lain fikir.
yg penting you know your work and you do your work :)

rizza said...

jgn sedih2..