Hadoi...kena pulak menyambung episod soap opera yang dah semakin hari semakin misteri kisahnya. Kadang-kadang aku baca mcm Puaka Nyiang Rapik, kadang dah masuk macam Anak Betung pulak...kahkahkahhhhh..Nih ada lak request dari salah seorang pengarang tersohor opera nih mintak selit detective conan. Haii..manalahhh aku nak selitkan cik yan oooiiiii....aku cuba lah yer sambung ikut kekreatipKARATan kpale hotak haku nih..korang layankan jek laaa ekkkkk....
Soap Opera : Episode 1 (by Ms Lola)
Aku berjalan ke sana, ke sini tanpa kenal erti penat dan sakit. Kadang-kadang aku tidak diberi makan, hanya disimbah dengan percikan air kotor lagi hina. Liku-liku kehidupanku penuh dengan onak dan duri (dan juga perkara-perkara keji yang tak sanggup aku kongsi bersama).
*
*
Soap Opera : Episode 2 (by Mrs Noba)Aku sedar siapa aku…Hanya seorang insan yang hina. Hina di mata masyarakat, hodoh untuk dipuja. Apakah tidak ada sekelumit bahagia untuk diri ku? Sudahlah tak pernah dapat mandi pagi merasa dikasihi dan disayangi. Jauh sekali untuk dibelai manja…Oh, di manakah agaknya keadilan buat diriku? Tak terbayang bagaimana harus aku meneruskan kehidupan ku.
*
*
Soap Opera : Episode 3 (by cik_yan)
Aku merasakan sesuatu bergelora dalam jiwaku.. Seolah-olah meronta-ronta.. merayu dan meminta untuk dibebaskan.. Bebas dari belenggu kedukaan yg asyik mewarnai rona-rona hayatku lewat kebelakangan ini. Aku juga ingin bahagia seperti mana yg sepatutnya dikecapi oleh setiap yang bernyawa di muka bumi ini..Apakah masih ada harapan buatku? Atau aku sudah terlambat untuk meladeni perasaan sebegitu?
*
*
Soap Opera : Episode 4 (by iszan)
Tiba-tiba..‘Ding Dong’Terjaga aku dari lamunan jauh. Kedengaran bunyi door bell rumahku di tekan seseorang dari luar.“Cik Sofea ke? Ada bunga utk anda, sila tandatangan di sini”, terjongol seorang jejaka dari muka pintu sebaik sahaja daun pintu itu ku kuak. Di tangannya ada sejambak mawar merah dan sebelah tangan lagi menghulurkan sesuatu untuk aku tandatangani.Aku terpempan seketika melihat raut wajahnya. Raut wajah itu mengingatkan aku pada sesuatu.“Cantik bunga ni, secantik penerimanya” dia berkata lagi.Baru aku sedar aku sedang merenung wajahnya. Lalu aku tunduk dan terus melarikkan tandatanganku dia atas kertas yg dia hulurkan kemudian jambangan mawar merah itu beralih tangan.“Terima kasih”, ucapku seraya menutup pintu.Kad kecil yang terselit dalam jambangan itu kuambil dan…………
*
*
Soap Opera : Episode 5 (by Kak Non a.k.a. anamiraa)
“Eh eh?”Aku mengerut dahi yang tidak gatal. Ku amati nama yang tertera diatas kartu kecil itu.“Sofea Jane?”Ini tentu ada kesilapan. Nama sebenarku Sofea Jun. Bukan Sofea Jane!“Hish frustnya!!!!” aku mengeluh kuat. Sudah acapkali aku dipermainkan sebegini. Mentang-mentanglah mukaku hodoh dan banyak jerawat batu bata, sampai hati aku dipermainkan sebegini rupa.Aku amati lagi kartu kecil itu. Hatiku bertambah sakit bila membaca bait-bait perkataan yang tertulis disitu.“Hi Sofea! Bila nak bayar hutang I? Dah berkurun I tunggu tau!! Bayar cepat-cepat ye! You ni masa pinjam laju je. Tapi masa nak bayar bukan main liat lagi!! Sampai kena hantar bunga!! Tak kuasa tawww!! Okey ta-ta.”Aku terasa ingin menjerit sekuat hati. Bila pulak aku meminjam duit orang? Bila? Bila? Bila?Aku bergegas ke bilik tidurku. Perasaan marah dan benci yang membuak-buak membuatkan aku terus mengambil satu keputusan penting dalam hidup aku.Aku perlu berjumpa dengan dia. Hanya dia yang mampu mengubah aku menjadi manusia yang jelita, disegani dan ditakuti ramai.Aku harus berjumpa EDWARD CULLEN!
*
*
Soap Opera : Episode 6 (by n.i)
Lantas aku berlari-lari anak menuju ke arah meja yang menempatkan telefon bimbit kesayanganku… “Aku mesti lekas menghubungi dia,” detik hati kecilku, termengah-mengah kepenatan.Sebaik sahaja telefon berada dalam genggaman, jari-jemariku yang sontot runcing ber’manicured’ terus mendail nombor keramat itu…Tiba-tiba… satu suara yang agak ‘familiar’ kedengaran dihujung talian…”Kredit anda tidak mencukupi, sila tambah nilai”Oh, tidaakkkkk!!!! Apakah….???
*
*
Soap Opera : Episode 7 (by Jua)
Woi!! aku taknak ckp dgn kau lah perempuan! Aku nak cakap dgn Edward Cullen”. Aku menjerit marah sebagai tanda protes kerana kebodohanku yg terlupa menambah kredit telefon.Aku bertanya sendirian, kenapakah nasibku malang sentiasa. Dikala umurku yang semakin mencecah 35 tahun ini, hatiku ini masih belum dimiliki. Rakan-rakanku semuanya sudah beranak empat, malah dua tiga rakanku sudah merasa berkahwin dua kali, dan rakanku yg seorang itu dah naik turun mahkamah nak masuk 5 kali. Namun aku, sekali pun tidak pernah merasa erti sebenar perkahwinan. Oh syahdunya..Kerana tidak mahu terlalu hanyut dibuai kesedihan, aku lantas mengangkat pungungku ke kerusi di ruang tamu. Ku capai majalah URTV. Ku belek setiap helain dan terhenti di saat aku terlihat wajah Memey.“Umur setahun jagung macam ni dah boleh rembat laki orang. Pandai pulak dia pilih yang macho-macho macam Norman Hakim” bisikku sendirian.“Kalau semua lelaki asyik nak sambar awek-awek muda macam Memey, aku ni jawabnya tak berlakilah sampai ke tua” sambungku lagi.Lantas aku terus…..
*
*
Soap Opera : Episode 8 (by Mommysarah!!!)
tersenyum2 sendiri.ya…aku pasti. hanya 1 sahaja cara untuk menjadikan semua impian aku menjadi kenyataan. aku harus berjumpa Niyang Rapik. aku harus meminta dia menjampi muka aku, supaya aku setanding dengan artis2 hollywood.ehek ekk hek ekk!!!aku tertawa ala2 Cikgu Marlia Musa dalam AF. aku rasa cara ketawa itu pelik tapi unik. jadi aku harus ketawa sambil menahan napas 2 saat..3 saat..kemudian 2 saat semula.PERFECT!!!aku yakin aku sebiji MARLIA MUSA dalam AFtapi, bagaimana aku mahu berjumpa dengan Niyang Rapik??? Bagaimana???”WOI!!!Kau berangan ker? Muka pecah rumah, ada hati lagi nak berangan. apa ko buat dengan bunga yang aku dapat tu? Mana ko campak? Penat2 aku bayar gaji, ko sedap2 baca URTVlah, buku akulah! Mana Twilight aku? Kau bukan reti English pun. Setakat tengok2 cover pun ada hati tue.Sudah..aku nak pergi Shooting ni. Bunga tu pegi susun dalam vase, ganti yang lama punya.”ha..aku maid sahaja rupanya??? Sofea Jan*e ni memang kejam. suka menghina aku. takper, aku akan pastikan berjumpa dengan Niyang Rapik jugak. jangankan Sofea Jane, Jins Samsudi*n pun aku mampu tewaskan.Puaka pun puakalah…
*
*
Soap Opera : Episode 9 (by Mamadhea)
Lantas aku meletakan majalah URTV & mengambil bunga yg aku letakkan di atas meja makan. Dengan muka yg berkeriut menahan sakit hati, aku menyegerakan langkahku utk mengambil vase kegemaran majikan ku itu.. ‘Huh, vase yg dah sopak ni jugak yg jadi faourite! Mmg dasar kedukut!!’Bebelan itu hanya mampu ku pendam dlm hati. Sementelah, tgn aku laju mengeluarkan bunga yg sudah layu utk digantikan dgn bunga yg baru shj diterima tadi. Sempat juga aku mencium bunga yg sudah tersusun rapi itu sebelum meletakkannya semula di meja di ruang tamu. Hmm, wangi…… Sewangi haruman Sweet Heart.. Tenang sekejap fikiranku yg bercelaru tadi. Mungkinkah setenang Mawi sewaktu majlis akad nikahnyer baru-baru ini..Aku berjalan perlahan ke dapur. Sesungguhnya aku tak mampu menghalau persoalan yg sering menjerut benak ku itu.. Ia melekap, kuat & ketat, seolah-olah digam dgn gam cap gajah..Bagaimanakah caranya utk aku menjadi cantik, secantik majikan ku itu..? Klu boleh, aku nak jadi lebihhhhh cantik lagi drp Sofea Ja.ne yg kerek & kejam itu.. Bagaimana ya? Bagaimana???Aku tersepit antara 2 pilihan, antara EDWARD CULLEN dan NIYANG RAPIK.. Arghhh… Bertambah pening kepala hotak aku yg sememangnya sudah sedia pening dgn kerenah majikan ku yg byk songeh itu. Sudahlah kedukut, bakhil pulak tuh! Sudah hampir 4thn aku bekerja menjadi kuli bataknya, sesen pon dia tak pernah menaikkan gaji aku. Malah, gaji aku yg seciput itu pon dia tak penah bayar on-time.. Acapkali dia menangguhkan pembayaran. Nasib baiklah aku tak diberi kuasa utk charge interest!Eh, ape yg aku fikirkan tadi? Oh ya.. Antara EDWARD CULLEN dan NIYANG RAPIK… Mampukah kedua-dua insan itu membantu aku? Tp, persoalan paling besar yg patut aku fikirkan, SUDIKAH mereka?!!!
*
*
Soap Opera : Episode 10 (by Ummi Sufira)
Dengan seberapa segera aku mencapai telefon bimbit ku buat kesekian kalinya dan terus mendail Bedah pembantu rumah jiran sebelah yang mungkin tahu nombor kontek NIYANG RAPIK yang berdekatan…owh, sekali lagi suara yang tidak aku gemari berkumandang..”Kredit anda tidak mencukupi, sila tambah nilai”..Owh! kenapalah nasibku begini. Sudahlah dipandang hina, banyak jerawat batu, bermajikankan Sofea J*ne yang kejam, tiada kenaikan gaji…pelupa pulak tuh!Tadikan aku dah kena dengan penjawab telefon tidak di undang itu…”Kenapalah sengal sangat aku nih!” marah ku pada diriku sendiri sambil membaling telefon bimbitku ke tepi….Tiba tiba otak pintarku mendapat satu idea bernas untuk kebaikan diriku sendiri…Nasib ku mesti diubah! Cukuplah segala penderitaan yang aku alami sekian lama ini…aku tidak mahu lagi derita…”Owh, dalam diam bijak juga aku rupanya”….pujiku pada diriku…Aku bertekad tidak mahu menggunakan khidmat EDWARD CULLEN mahupun NIYANG RAPIK…Aku mahu membuat PLASTIC SURGERY. Aku nekad!! Tapi harus muka siapakah yang aku inginkan..Macam Memey kah supaya sesiapa pon mudah terpikat padaku…Yosh! aku harus segera bertindak demi impianku ini.Langkah pertamaku…..
*
*
Soap Opera : Episode 11 (by Zufa)
……..ialah merencana tindakan demi tindakan yang bakal kuambil untuk mengukir sebuah impian. Tika dan saat ini aku akan menjejak maju. Aku tidak akan menoleh lagi. Kugapai buku akaun Hong Leong Bank yang kuselitkan di antara helaian tinta cinta, lipatan kenang-kenangan yang masih tersemat rapi dalam Peti Rahsia. Niatku ingin memeriksa angka-angka baki yang terkini. Aneh, kerana walau mimpi-mimpiku ingin berlari di kaki pelangi dan mengecap sirna rembulan, namun dalam soal wang, kakiku nyata berpijak di landasan yang bernama hakikat. Peti Rahsia itu kubuka dengan cermat. Tanpa kusedari, jari-jemariku tersentuh warkah-warkah rindu yang pernah menjadi peneman di kala hati ini pedih menahan kedinginan malam yang menggigit. Mindaku menerawang. Terus-menerus menyusuri pantai kenangan. Menerobos segala isinya. Pada si dia. Dan tentang aku, sang pencinta. Aku digamit memori silam itu sekali lagi. Aku, dia dan sebalang almond London….
*
*
Soap Opera : Episode 12 (by Fid aka Lovebaby)
Aku, dia dan sebalang almond Londom yang dicuri dari rumah Mak Cik Leha jiran sebelah rumah. Ahh persetankan semua itu, aku harus teruskan. Aku mahu jadi apa yang aku impikan. Menerawang lagi fikirannya terkenang akan kisah filem Korea, 250 pound love. Selepas plastic surgery itu Kang Hannah nampak begitu anggun.Adakah dia akan jadi begitu>Plastik! Tidak…Aku tidak mahu menjadi plastic. Haruskah diteruskan niat bertemu NIYANG RAPIK???Tidak… Apa harus aku lakukan. Buntu jiwa….Aku bingkas bangun mencapai remote control ASTRO yang sudah rebeh sebelah dek sakit hatinya membaling ke dinding ketika mengamuk pada suatu masa dahulu kerana mengetahui kekasih lamanya mengorat kawan kepada Mak Tijah jiran selang 4 buah rumah dari rumahnya yang berusia 20 tahun lebih tua darinya…Gilaaaaa………
*
*
Soap Opera : Episode 13 (by Madam Za)
ya gila.....memang gila....dan mmg puaka....sepuaka kehodohan ku ini...Aku juga tahu yg kecantikan itu hanya sementara. Sementara jugalah yang bakal ku kecapi..seperti derita yang kualami ini. Mengapa aku ditakdirkan menjadi makhluk dua alam...eh..talam dua muka...eh..bukan...makhluk dua rupa!Ya...aku juga mempunyai `split' personalitas.Jika Puteri Fiona ditakdirkan cantik rupawan di siang hari dan menjadi hodoh piang di malam hari...aku pula ditakdirkan menjadi cantik tatkala hujan mula menyimbah bumi dan akan bertukar menjadi hodoh piang tatkala sang suria sedang bermegah memanahkan cahayanya di muka bumi....dan kerana itu lah juga..rancangan kegemaranku hanyalah segmen `ramalan kajicuaca'..argh..mengapa donia seolah2 menangis melihat aku yg rupawan dan ceria tatkala melihat ku dirudung kehodohan? Mengapa tidak gembira dengan kecantikan ku...seolah2 kecantikan yg sementara itu mengundang kecelakaan kepada sesiapa sahaja yang memandangku..mengapa harus begini?...mengapa....ya...semasa jambangan mawar merah itu sampai pagi tadi, hujan masih lagi renyai2 di luar jendela. Kini matahari sudah pon memancar terik di atas kepala. Terasa panahan cahayanya ke atas kulit mukaku yang tiba2 terasa seperti permukaan bulan ini."Argh...mengapa tidak terus hujan sahaja hari ini?" bisik hati kecil ku.....
*
*
Soap Opera : Episode 14 (by Zety Zen)
Mentari semakin memancarkan cahayanya. Wajahku pula? Perlahan-lahan ianya bertukar menjadi seperti baru digelek steamroll. Sungguh buruk lagi memburukkan! Aku sendiri tidak berselera melihat wajahku di cermin di saat-saat begini.Ah! Aku bingkas. Meneruskan kerja-kerja ku sebagai seorang maid. Baldi yang penuh dengan baju yang baru selesai dicuci oleh sang mesin basuh kuangkat dan bawa ke ampaian. Nasib baik ampaian ini letaknya di belakang rumah. Kalau di depan rumah? Harus aku bertopeng seperti Michael Jackson, seperti yang pernah kulihat secara curi-curi dalam internet mem besar Sofea Ja*ne baru-baru ini.
'Ding Dong'. Loceng pintu berbunyi. Ah siapa lagi ni? Sudahlah datang waktu matahari memancar. Waduh. Aku paling benci kehadiran tetamu waktu siang. Namun memandangkan ini bukannya rumah aku tetapi rumah mem besar Sofea Ja*ne itu, maka terpaksalah aku membuka pintu."Er...." Oh! Mamat penghantar bunga tadi rupanya. Dia terkejut beruk melihat aku. Aiseh! Mana aku nak sorok muka aku ni."Cik, mana Cik Sofea tadi tu? Yang ambil bunga masa saya datang tadi?" Begitu menggeletar mamat itu sewaktu bercakap denganku. Rupa macam nak termuntah pun ada juga. Dia memalingkan mukanya dariku agar tak perlu dia bertentang mata denganku. Hodoh sangat-sangat-sangat kah rupaku? Ya. Mungkin juga sebab sekarang dah waktu tengahari, di mana itulah saat wajah hodohku berada di tahap kemuncaknya. Namun aku sedikit lega sebab dia tak dapat nak cam aku."Dia tak ada. Ada apa?" Aku cuba ubah suaraku agar berbeza dari suara asal. Mamat itu menyerahkan sebuah bungkusan padaku....
*
*
Soap Opera (Episode 15 : By Me)...
...Aku menyambutnya, menandatangani resit penerimaan dan menghempas pintu betul-betul di depan lobang idung mamat penghantar barang itu tanpa bercakap sepatah pun, walaupun sebaris ucapan terima kasih kepadanya.
Lantak ko laaaa mamat...nyampah aku, pesal ko datang tengahari bute nih...aku emo tawwww kalo terima tetamu masa nih....bebelku seorang diri. Bungkusan berbalut indah di tanganku tidak kubelek-belek seperti selalu. Buat hape aku nak belek, memang kompem bukan aku punye pon. Balik-balik kalo dapat bunga ke, bungkusan ke, hape ke...mestilah untuk si Sofea Jan*e tu. Mana pernah orang hantar apa-apa untuk aku. Mimpi jek laaaa ko Sofea Jun....
Tiba-tiba kudengar derap kasut tumit tinggi JimmyChoo yang dipakai oleh Sofea Jan*e. Majikanku itu memang giler dengan rekaan cina kaya yang dah lama menempa nama di luar negara itu. Sofea Jan*e nampak jelita di dalam dress ungu singkat separas lutut. Ahhh...aku rasa kalo dia pakai kain batik dengan t-shirt pon mesti jelita..almaklumlah orang cantik kannn..lain laa aku nih..kalo pakai gaun malam rekaan VeraWang pon kompem memang huduh...huhuhuuuu...
"Aku nak pergi Spa Q nih..ada appointment.." kata Sofea Jan*e sambil memasukkan handphone mahalnya ke dalam handbag LV terbaru yang baru dibelinya minggu lepas ketika bercuti di London. Bau haruman Jadore kesukaannya menerawang ke segenap ruang. Aku terbuai dengan keharuman itu.
"OOOOIIIII...aku cakap dengan ko nih. Yang ko pejam-pejam mata feeling tak pasal-pasal nih kejadahnyer????" herdik Sofea Jan*e. Aku terkesima. Cepat-cepat ku buka mata yang separuh terpejam dek kerana menikmati bau haruman SOfea Jan*e tadi.
"Cik Sofea..tadi nih ada bungkusan untuk cik..." kataku sambil menghulurkan bungkusan yang ku abaikan tadi. Sofea Jan*e membelek penuh ghairah.. suka laa tu dapat hadiah lagi...huhhh... Kad comel yang ditampal pada hadiah itu dibaca.. Tiba-tiba wajahnya berkerut. Senyum manis yang terukir di bibir mongelnya tadi menghilang.
"Ooooiiiii....ko nak memainkan aku ke??? Bungkusan nih untuk ko lah..."katanya
"Isy...takkanlah cik sofea. sapa pulak nak bagi hadiah kat saya??" balasku seraya cuba mengontrol lobang idungku yang mula mengembang ngempis seiring dengan debaran yang berombak secara tiba-tiba di dalam dadaku.
"Ni ko tak baca ke...Untuk Sofea Jun Bte Samdol Kamat. Samdol Kamat tu kan bapak ko...nama bapak aku lain.. Tu lah ko ni...dah berapa kali aku suruh tuko nama, ni nama nak sama dengan aku..isy...nyusah btol laaa....lain kali baca laa dulu. ko orang gaji ke aku orang gaji nak bacakan untuk ko??? ko nih potong mood aku jek ari nihhhh...nyampah tawwwwwwwww......." Sofea Jane sudah membebel panjang sambil menghentak-hentakkan tumit kasut Jimmy Choo nyer koleksi yang entah ke berapa ratus pasang itu lalu berlalu pergi. Elehhhh....bengang laaa tu...hahahhahahaa...aku terglak di dalam hati. Owhhh..aku segera mencapai bungkusan tersebut dan membaca sendiri...
"Untuk Sofea Jun Bte Samdol Kamat..." btollahhh..aku laaa tu...e'ehhh siap tulis nama bapak aku pulak nih...isy...dari siapa nihhh...
"Dari...dari...." e'ehhhh...kecik pulok tulisannya....
Cepat cepat aku mencapai cermin mata ala-ala pelakon 'Ku Untukmu' dan kupakai..aaahhhhh...barulah jelas..
"Dari.......................... DETECTIVE CONAN?????????????????????????????"...............................................................
Okeh...tamat sudah episode 15..aku rasa macam terpanjang laaa pulok...kahkahkahhhh...dalam x ada idea, laju pulak aku merapu nih.
Ok...untuk melengkapkan episode seterusnya aku dengan senang hati melantik....
CikEalyieJaslan ............beb..sambung okehhhhhh.....hehhheeee
p/s...wehhh..aku rasa kan kalo Norhayati Berahim baca soap opera nih... agak-agak dia nak terbitkan tak soap opera nihhhh...kahkahkahhhhhh...
p/s...Cik Yan..permintaanmu telah ku tunaikan...aku telah menyelitkan Detective Conan dalam ini siri....okehhhh...;)
10 comments:
adeh makin merapu2 nih. hahahahaha.
cikgu intan, bukan cik yan ke yang request detective conan tu? ke mak yang salah baca?
Kahkahkah..mengekek den ketawa..bolehlah pulak majikan dia suruh tukar nama!wakakaka...
mak yg request.. kekeke.. ngamuk cik Lola tengok ada terkeluar detective conan ni karang :P
eh ye ke...hahahhaaa...haku silap baca pulok..k sat, ku edit nanti yer
kih kih..pandai yer merapu2 lagi cerita kihkihkih
kahkahkahkahkahkah!!!!
sakit pewot aku siutttt...
mimi..tu laaa...merapu punye majikan tuh...kihkihkihhhh...
mamaaina...mmg merapu tak hengat nihhh..:D
sha...aku mmg bls dendam beb... selama nih sakit pewut haku baca pemerapuan korang...haa nih...hamik ko sakit pulak pewut hasil pemerapuan haku...hahahahhaa
arghhhhh!!!!! kenapa aku? kenapa aku? kenapa aku????
sesungguhnya aku diam dari awak sbb tak nak terlibat dlm keje giler ini tawww...huhuhuhuhu....
ely...pasrah saja lah bebs...hahahahaa
Post a Comment