Friday, February 13, 2009

Jatidiri Seorang Guru...

Ada beberapa kisah yang memualkan yang ingin kubebelkan di sini. Adapun kisah ini biarpun ibarat membuka pekung di dada atau mungkin ada pula yang merasakan aku mengutuk rakan seperjuanganku sendiri...namun itu bukan niatku. Sekadar renungan dan peringatan untuk diri sendiri dan juga mungkin bakal-bakal guru (jika ada) atau guru-guru lain yang terbaca entri ini. Boleh juga dijadikan iktibar bagi semua yang bekerja supaya janganlah sesengal ini...

KISAH 1...

Latihan sukan sedang giat dijalankan setiap petang bagi persediaan menghadapi sukan yang bakal menjelang minggu hadapan. Bukan hanya melatih murid-murid berlari, lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru, malahan juga perbarisan. Aku tahu tak ada siapapun yang pernah jadi askar wataniah yang boleh tahu semua 'command' perbarisan dengan perfect nya. Aku sendiri pun tak tahu sangat. Tetapi aku tidaklah dengan mudah dan selambanya berkata "Eh, ko handle lah ye...aku tak tau laaa" Lalu dengan senang hati duduk bersantai ria di tepi longkang dan membiarkan rakan lain berhempas pulas mengendalikan perbarisan bersendirian. Hellooo....Kalau tak tau ye tak apa..bukanlah bermakna kau boleh bersantai kat tepi longkang tu. Mari laa sini tolong-tolong kawal murid ke hape. Ko ingat haku nih bekas askar ke yang terer command?? Blasah jek laaa..janji budak paham dan perbarisan boleh dijalankan. Hangin sungguh aku okehhhh....

KISAH 2

Bulan ini pelbagai pertandingan permainan giat dijalankan di peringkat sekolah. Termasuklah bola jaring dan badminton. Aku salah seorang guru penasihat badminton. Jadi tanggungjawabku memilih dan melatih murid-murid untuk mewakili sekolah. Umum mengetahui semua sekolah di Malaysia tidak dibenarkan mengutip yuran pada tahun ini. Hanya bayaran insuran takaful murid bernilai RM1.50 sahaja boleh dikutip. Tiada yuran, bermakna sekolah tiada duit. Bagi menyertai pertandingan, kos yang diperlukan lebih kurang RM200 termasuklah, yuran penyertaan, pengangkutan, dan makan-minum murid (ini tak termasuk nak sewa court badminton untuk latihan). Yang memualkan bila pihak pentadbiran boleh lepas tangan bila tiba bab duit ni. Seolah-olahnya..pandai-pandai cikgu lah ye..Aku dan kawan-kawan paham,sekolah tak ada duit..tapi tak bolehkah pihak pentadbiran kumpulkan semua penyelaras permainan, dan nyatakan masalahnya, dan minta guru-guru dahulukan bayaran yang kemudian boleh dituntut bila duit sudah ada. Atau mungkin,minta bantuan pinjaman kewangan dengan PIBG. Ini tidak, buat tak tahu sahaja. Jadi kami guru-guru ni pun keluarkan duit poket sendiri kongsi-kongsi untuk menghantar juga murid ke pertandingan. Tak apalah kan..takkan tak jadi nak hantar, kesian kat murid-murid yang dah beria-ia berlatih. Tapi yang lebih membengangkan, ada pula guru senior yang berkata, "buat apalah penat-penat nak latih dan hantar budak? Kalau i memang tak kan hantar. Budak-budak kita memang tak ada talent..." Owhhh..sakit hati nya mendengar statement itu. Tak ada talent?? Apakah talent itu memang ada sejak dilahirkan? Tidakkah talent itu perlu dilatih dan dipupuk? Tanpa bimbingan dan latihan, wujudkah talent itu??? Memang lah nak cari bakat di sekolahku sangat susah kerana murid kami hanya 431 orang sahaja. Nak dibandingkan dengan sekolah-sekolah yang beribu-ribu murid..namun itu bukan alasan untuk tidak menghantar murid ke pertandingan. Itu adalah hak murid. Guru sepatutnya bersemangat untuk menggalakkan murid, bukannya bersikap seperti itu...Owhhh...sungguh memualkan okehhhh...

Dua kisah di atas menunjukkan sikap menjelikkan segelintir guru. Mereka bagaikan telah tiada jatidiri seorang guru. Aku bukanlah nak mengatakan aku bagus sangat. Tapi, aku berpendapat bila menjadi seorang guru, fahami dan selamilah tanggungjawab dan erti kerjaya guru itu sepenuhnya. Jadi guru bukan setakat nak pung pang pung pang dalam kelas sahaja, lebih dari itu. Menjadi guru menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Bukan hanya tenaga malahan masa dan wang juga. Mungkin ada yang berkata, ahhh..kau cikgu baru..yelah baru 4 tahun mengajar, memanglah semangat membara lagi..cuba dah berbelas-belas tahun, dah puluh-puluh tahun nanti?? Tidak bagiku, ada guru-guru yang dah senior pun semangatnya masih membara. Aku memang respek habis dengan mereka. Tahniah Kak Midah, Kak Ila, Kak Ma, Kak Pidah, Kak Ton (sekadar menyebut beberapa nama). Walaupun mereka tidak membaca blogku, tetap ingin kupahatkan nama mereka di sini. Mereka lah inspirasi bagi guru-guru 'baru' sepertiku. Semoga jatidiriku juga tidak akan berubah seperti mereka...insyaAllah...

4 comments:

mimielola said...

Kisah 1:
Prinsip saya ialah, kalau tak tahu, kena belajar utk tahu (walaupun sedikit). Dan kalau tak berminat naktahu pun (nak nak perkara2 seperti programming), like you said, sekurang-kurangnya ringankanlah beban org lain yg dah tolong kita tu.

Kisah 2:
Oh, kalau say asbg murid dpt tahu cikgu cam tu, sgt2 lah saya rasa down. Agaknya mcmni lah sesetgh guru masa saya kat sekolah dulu, ya?

::Umi Sufira:: said...

kisah 1;sikap lps tgn yg melampau...nk lepas tgn pon agak2la..pikirkan jugak orglain yg menanggung ketidaktahuan ko tu kan..at least tanggungla sama2..

kisah2; kalu cekgu pon dah tak semangat kalulah sampai ke telinga ank murid teruslah hancur luluh semangat ank murid ye tak..menang klh belakang crita..kan yg penting semangat kesukanan tuh..bg sayalah~

sayangibu said...

cik mimilola..(kisah 1) ye btol,kalo x tau kena blajar. kalo manjang kata x tau,sampai bile pon x tau kan. In my case, kalo bantai x tau jer..apahal pulak anak2 murid tu...sian derang..
(kisah 2) mmg btol..nasib baik la x semua cikgu berfikiran mcm tu. Kesian murid2 kalo dpt cikgu yg begitu...Kita pun pernah jd murid dahulu kannn...

Mimi...yer..itu baru kisah di padang,blom lagi kisah2 lain yg mana ada sesetgh tu,sentiasa menolak kerja lebih walhal utk anak2 murid sendiri. Mmg sedih kalo dipikir2kan. Tp mujurlah x semuanya mcm tu..
(kisah 2)setuju ngan mimi,kalah menang soal lain..yg penting semangat juang kena ada..

~ As ~ said...

kedua2 kisah tersebut mmg berlaku di sekolah ku dl2...rupanya berlaku di sekolah cikgu jg yer?? tp ada jg cikgu yg sgt2 la berjasa padaku..