Kejohanan Olahraga Kali Ke-17 sekolahku akan diadakan pada hari Khamis, 26 Februari 2009. Hari ini, dari pagi guru-guru dan murid-murid sibuk membuat raptai bagi hari kejohanan itu. Aku diberi tugasan sebagai Pengacara Majlis bersama dengan seorang rakanku.
Ini merupakan kali ketiga aku diberi tanggungjawab besar mengendalikan majlis yang besar di sekolahku. Kali pertama sewaktu Mesyuarat Agong PIBG pada tahun 2007. Kemudian Kejohanan Olahraga Kali Ke-16, tahun 2008. Dan kali ini, sekali lagi diberi tanggungjawab yang sama. Menjadi seorang pengacara majlis memang seronok pada peringkat awalnya, kerana kita tidak dibebani langsung dengan lain-lain tugasan melainkan memberi sepenuh tumpuan untuk mengendalikan majlis kelak. Namun jangan berseronok-seronok terlampau, kerana perlu diingat, berjaya atau hambarnya sesuatu majlis itu adalah bergantung kepada si pengacara majlis.
Sebagai pengacara majlis, aku perlu memastikan teks pengacaraan mestilah taily dengan tentatif program. Ayat-ayat teks tersebut juga mestilah disusun atur supaya indah dan teratur bacaannya. Intonasi suara juga perlulah seiring dan sesuai dengan majlis yang sedang dikendalikan. Pengacara majlis juga perlu mengawal kegugupan sewaktu mengendalikan majlis tersebut. Owhhhh.... sebenarnya aku gigil juga setiap kali mengendalikan majlis ini. Acara yang besar seperti ini, pastinya bukan cuma dihadiri oleh guru-guru dan muri-murid sekolahku malahan, tetamu jemputan khas, dan ibu-bapa. Jika ada kesilapan aku mengacarakan acara ini, pasti akan memalukan pihak sekolah dan akan menjadi sebutan orang. Jadi tidak boleh ada silap sebolehnya kerana kelancaran acara ini terletak di atas batu jemala ku...huhuhuuuuu....
Selepas ini aku akan menaip teks untuk hari kejohanan tersebut yang telah ku draftkan sebelum ini. Kalian wish me luck okehhhh.... *wink*
7 comments:
cepatnyer sukan
beb, telly ke taily ek?
gud luck che'gu! ;P
ala2 Aznil la ni? hek hek hek.. tak mau mcm Azwan..bosan..
kak iena..cepatkah??kat cni ada sekolah dah buat awal2 lagi taww..
ely..telly kahhh?? blasah je laa mana2 janji ko paham kannn
sha..macih yer..
as..mak tak kuasa nyah jadik azwan tu..mak nak jadik nurul syuhadah nurul ain..bulihhh?? kihkihkihhh
cikgu intan, sekolah2 area IPGM tuanku bainun semua gasak nk buat kat padang kampus kiterg.. sebab tau ada banyak budak KPLI PJ bleh tolong.. layann jek laa.. nk carik pengalaman kan??
untung laa derang..tapi kesian kat korang kena kerahan tenaga. Kitorang ni jauh dari IP. Tapi masa KPLI dulu,takde lak kena tolong skolah buat hari sukan..hehehe...
Post a Comment