Tuesday, November 25, 2008

Antara Aku & Dia...

Sabtu lalu, ibu mendapat satu undangan perkahwinan melalui sms dari seorang teman sekursus di maktab dahulu. Undangannya berbunyi begini...
"Assalamualaikum,saya ingin menjemput & mempersilakan Tuan/Puan/Sahabat serta keluarga ke majlis perkahwinan H******* S***** pada 30 Nov 08, Ahad di alamat ********"
Oh...hati ibu begitu teruja sekali kerana teman ini diketahui bercinta sakan dengan si gadis yang juga sekursus dengan kami. Kiranya classmates ibu lah pasangan dua sejoli ittew. Terujanya ibu lagi kerana,akhirnya setelah 3 tahun berchenta, bersemi jua dalam ikatan perkahwinan. Maka dengan keterujaan ibu yang menggebu-gebu,ibu menelefon teman perempuan ibu itu. Ayat pertama ibu selepas memberi salam...
"Ooooiii...senyap2 yer,dah nak kawen ko...hahahhaaa" terjah ibu.
Apa kata kawan ibu?
"Eh? apa ni? Kenapa? M*** (nama panggilan lelaki ittew) nak kawen yer? Bukan dengan akulahhh..." perlahan saja dia menjawab.
HAH?????!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Saat itu,ibu terkujat tahap dewadewi. Apa cerita?? Sudah salah terjahkah ibu???
Rupanya, kisah chenta mereka telah terputus di tgh jalan awal thn ini,setelah si S (kawan perempuan ibu) menantinya hampir 3 tahun. Slps habis KPLI si S dipostingkan ke kampung halamannya manakala si H ke ibu kota. Rupanya berpisah jarak,menjauhkan rasa cinta bg si H. Dalam diam,dia menjalin hubungan dengan teman sekerjanya. Bukan jodoh...tidak mengapa. Yang ibu rasa sedih, sudah bertemu cinta baru, dia sanggup tidak berterus-terang dengan si S bahkan meminta si S terus menunggunya. Sedangkan si S, sudah ada dua lamaran yang ditolaknya gara-gara pujaan hati. Alangkah baiknya jika hatinya sudah terpaut yang lain,dia berterus-terang supaya S boleh mencari bahagianya. Alangkah sia-sianya penantian S selama 3 tahun ini dan akhirnya ditinggalkan begitu sahaja. Dengan usia yang makin bertambah, dengan kekesalan dari pihak keluarga S, aku bernar-benar bersimpati padanya. Kerana janji, dia terikat. Kerana setia, dia kecewa.
Buat temanku S..aku coretkan kisahmu di sini,kerana aku benar-benar kesal dengan apa yang dia lakukan pada kau. Apapun, aku doakan yang terbaik buat kau. Semoga engkau lebih bahagia tanpa dia...insyaAllah...

2 comments:

Memory said...

begitu lah kehidupan.. sering sahaja terjadi kisah begini..

dalam masih menjalin ikatan, berani pula menambat yang baru. yang lama tak mahu dilepas kan..

sungguh.. moga tabah dalam hadapi dugaan.. insya'allah.. dugaan tersebut pasti ada hikmahnya.. Allah pasti membalas kesabaran tersebut dengan kemanisan yang tidak pernah terfikir oleh kita.

sayangibu said...

btol memory..alangkan yg berkahwin lagikan berpisah,inikan pula baru mengikat janji kan...tp itulah..saya sgt simpati krn terjadinya kpd teman sendiri