Semua sedia maklum keputusan UPSR telah diumumkan semalam. Debar ibu selama ni berakhir sudah akhirnya. Almaklum tahun ini merupakan tahun pertama ibu diberi kepercayaan untuk mengajar subjek Sains bagi tahun 6, kelas yang utama pulak tu. Besar tanggungjawabnya tu. Bukan mudah nak mengajar kelas peperiksaan. Perlukan semangat dan komitmen yang tinggi. Ketika orang lain bersenang-lenang berehat di rumah hari Sabtu & Ahad, ibu di sekolah melaksanakan tanggungjawab tambahan. Ketika orang lain berehat d malam hari di sisi suami dan anak-anak, ibu di sisi anak-ank ibu di sekolah melunaskan kelas malam. Apatah lagi ketika itu ibu sedang hamil. Bertambahlah cabarannya. Itulah, jadi guru nampak mudah dan beruntung, tapi tanggungjawabnya besar. Mendidik anak-anak bukan setakat memegang whiteboard marker di hadapan kelas.
Itu kisah sepanjang 2008. Kini keputusan yang dinanti telah pun diketahui. Alhamdulillah daripada 67 orang calon UPSR di sekolah ibu, 7 orang daripadanya berjaya mendapat 7A. 13 orang daripada 34 murid yang ibu ajar mendapat A di dalam subjek Sains. Selebihnya mendapat B. Permulaan yang baik bagi ibu yang tiada pengalaman mengajar kelas peperiksaan.
Berakhir sudah tugasan tahun ini. Pastinya tahun-tahun mendatang ibu akan mengajar subjek ini lagi. Tahun hadapan cabaran dari murid-muridnya lebih lagi. Semoga cuti yang panjang kali ini akan mempersiapkan ibu dari sudut mental dan fizikal...insyaAllah....
5 comments:
Tahniah cikgu!
Congrate Cikgu Intan!!
thank you roza & ely...
wah bestnyer.. berkat ajaran cikgu, anak bangsa kite sendiri berjaya..
TAHNIAH!!!
terima kasih singgah blog...
btw.. kita pun suka baca novel n kumpul novel... hehhehe
Post a Comment