Saturday, November 22, 2008

Anak-anak Daraku...

Rasanya dah lama ibu tak bercerita tentang anak-anak dara cumils ibu yg 2 org ittew. Ok..kisah adik Ainin dulu...Ainin dah genap 4 bulan 18 November yang lalu. Lihatlah...dia sudah mula aktif bermain. Dia sangat suka duduk kat bawah play gim ittew sambil ditemani oleh kakaknya yang sibuk-sibuk nak main jugak...Ainin belum boleh meniarap lagik tapi sudah menunjukkan tanda-tanda ke arah itu. Dia dah mengiring dengan drastiknya. Tak apalah..fizikal movement anak-anak ibu memang lambat sket...asal sihat sudah...
Erm...tapi kawan-kawan..ibu agak cuak sedikit sebab Ainin sudah seminggu tak poo tawwww....kenapa yer??? Normalkah untuk dia kawan-kawan? Ada seseorang kata,sebab adik fully BF tak apa kalo dia lama tak poo. Betulkah kawan-kawan? Perlukah ibu bawa Ainin ke Paed??? Atau ada apa-apa yang perlu ibu buat supaya dia poo??? Pernah tak sesiapa mengalami keadaan anak sebegini? Ibu terfikir nak bawa Ainin ke Paed jua kiranya Isnin ni pun dia tak poo lagi. Tapi keadaan Ainin ok-ok saja..perutnya tak keras dan Ainin pun tak meragam.
Kawan-kawan...Ainin ini sangat senang menjaganya. Dia lebih independant dari kakaknya. Biasanya bila dia sudah kenyang minum susu ibu yang lemak berkrim disukai ramai ittew, ibu akan letak saja dia di dalam cradlenya kat bilik. Biar saja..dan dia akan tido sendiri tanpa banyak ragam. Dan Ainin memang suka btol aktiviti yang satu ini...tido.... Mungkin jua kerana dia belum ada sebarang fizikal aktiviti yang lain. Tapi apa pun memang mudah menjaga dia berbanding kakak Aina yang the over manjers...hehhehehee....Mujurlah Ainin begitu, mudah jualah untuk Tok Mak menjaga kedua-dua cucunya yang tersayang ini....

Ainin Sofiya ku yang tersayang....

Berkisah pula tentang si kakak manjers Aina Suraya... Merenung Aina, kawan-kawan...ibu rasa sudah semakin old and wise..eheheeeheee...Aina yang makin membesar,sudah kelihatan seperti anak dara sunti...Sudah besar anakku ini..makin bijak dia mengolah kata. Makin bijak dia melawan cakap ibu..hepppp....hehehhehee...Setiap hari Aina lah penghibur hati ibu. Ibu dah boleh lawan-lawan cakap ngan Aina. Tak adalah ibu asik membebel sorang-sorang ajer macam dulu. Rambut Aina sudah semakin panjang. Ibu memang tak nak potong rambutnya. Biarlah dia panjang,ibu suka ikat rambut Aina dan letak sepit yang kiut-miut, yang ibu memang tak boleh tahan kalo nampaknya di kedai Sin Ma yang mahal ittew...rasa nak beli semua tawwww... Tapi bila di rumah, kadang-kadang rimas pula tengok rambutnya. Di samping Aina yang makin banyak aktiviti, rambut ittew seakan merimaskannya jua. Apa yang ibu buat. Kawan-kawan...sekarang di rumah pun ibu akan ikat tocang kuda rambut Aina seperti dalam gambar di bawah itu. Biar Aina nampak kemas dan cumil selalu. Satu yang ibu suka, Aina tak kisah kalo ibu ikat rambut dia. Dia pun suka nampak cumil macam ibu...ahahhahahaaa.....Dah nampak sifat-sifat keanakdaraan anak daraku sorang ittew...Tapi kawan-kawan, manjernya memang hover tawww..lagi-lagi kalo dengan abahnya yang memang tak suka marah-marah, tak macam ibunya yang garang ini....

Aina Surayaku yang tersayang.......

Erm...kawan-kawan, jika ibu letak Aina & Ainin bersebelahan, ibu rasa adik-beradik cumils ini langsung tak seiras. Setuju tak kawan-kawan??? Siapakah di antara anak-anak ibu ini yang menyerupai wajah shanteqs (perasan tak hingat....) ibu ini yer??? Siapa nak jawab angkat tangan..... ahhahahhaaaa.....

Kawan-kawan..sudah lama ibu tidak menayang koleksi EBM ibu yer...ehehhehehee.... Nah...tengoklah kawan-kawan... Koleksi EBM ibu masih banyak jua walaupun mungkin tak sebanyak kawan-kawan. Tapi Alhamdulillah ibu masih boleh bekalkan adik Ainin EBM waktu ibu ke sekolah. Sejak susu ibu kembali normal supplynya, ibu semakin rajin menyimpan stok untuk Ainin. Ibu tak mahu malas-malas lagi. Oh ya...pil fenugreek memang berkesan untuk ibu. Senang hati ibu bila tidak ada masalah supply merudum lagi...

Oh ya...lihat gambar di bawah...itu gambar cikgu-cikgu di sekolah ibu. Di ambil masa minggu terakhir persekolahan. Kawan-kawan..cuba cari yang mana satukah Cikgu Intan yang garang tak hingat tapi shantiks menawan ittew????? hahahhahahhaaaaa...............
Kawan-kawan...semalam berakhirlah duty ibu untuk seminggu awal cuti sekolah ini. Maka mulai hari ini, ibu akan mula bercuti sekolah selama lebih kurang sebulan sehinggalah seminggu lagi nak naik sekolah, ibu perlu kembali bertugas di sekolah untuk sesi persekolahan yang baru. Aha...sudah mula bercuti ye? Ibu akan habiskan masa cuti ini dengan menjadi suri rumah sepenuh masa. Lebih banyak masa boleh ibu luangkan bersama-sama anak-anak cumil ibu, abang terchenta & tidak lupa blog tersayang ini...hehehhehee...Jangan seronok-seronok bercuti ye ibu, sampai lupa nak buat aktiviti mengepam seperti selalu di sekolah. Ibu sudah merancang, biarpun ibu bercuti, ibu akan melakukan aktiviti mengepam berjadual seperti di sekolah. Di waktu pagi Ainin cuma akan minum EBM sahaja supaya dia tidak lupa pada Breastflow bottle nya ittew. Harap-harap Ainin tidak menolak untuk minum EBM yang diberi oleh ibu. Kita cuba hari ini ye adik???

Ok kawan-kawan.berakhirlah N3 ibu yang panjang berjela ini. Ini menunjukkan mood blogging ibu sedang meruap-ruap...hehehheheee.....Jangan busan + menyampah membacanya ye..adapun memang ini entry syok sendiri ibu di blog syok sendiri ibu jua....ahhahahhahaaa....Selamat bercuti kawan-kawan cikgu. Dan untuk yang bukan cikgu, ambillah EL @ AL @ apa-apa bentuk L sekalipun supaya boleh menjoinkan diri dengan ibu yang bermalas-malasan di rumah ini...
Pagi ini, lepas update blog ini, ibu akan mengemas rumah + mengemop + mandikan anak-anak + memasak.... wahhhhh...banyaknya kerja di rumah....huahuahuaaaa.....Ya Allah berikanlah ibu kerajinan untuk melakukan segala macam cabaran di rumah ini....:)
Ok..adios amigoes..mmmmuuuuaaahhhh untuk semua yang sudi membaca N3 merapu ibu ini..

7 comments:

::Umi Sufira:: said...

Wah ini macam2 ntry dalam satu nih...sygibu kalu baby tak poo bagi baby yang exclusively BF tu memang biasa..Sufia pernah 3 minggu tak poo tapi dia poo dengan tenang je masa tuh..tapi kalu dah start solid food but still fully BF tu yang kena risau sikit kot..lagi2 kalu time poo tuh nampak susah sikit..don't worry dear!

iena hamdi said...

jelesnyer tengok BF dia penuh satu perti.. iena nak dpt 5 oz pun setengah jam.. sampai pedih2.. mia tak nak masuk dlm botol lagi suka ori.. tu yg nak ke hulur ke hilir kena bw dia.. macam kakak dia dulu sampai 2 thn setengah.. heheh ni mia dah setahun... alhamdulillah masih BF

pasal baby tak poo tu perkara biasa kalau dia BF... dont worries ok

mirah said...

wah panjang entry yer..
award tu nnt mirah ambil k. Thanx.
Stok ebm pun dah byk tu...jeles ni.. hihi..
Gmbr tu mcm agak kecik dan jauh focus nya, tak dapat lah nak meneka gmbr cikgu intan yg mana yer..
Jeles gak ni sbb dah bercuti te, mirah ni cuti byk lagi tp tak dapat nak cuti sbb kerja yg sgt banyak dan memerlukan tuntutan dan perhatian ni. Huhu.. selamat bercuti lah yer..

sayangibu said...

mimie...mood memblog menggebu2 pagi nih..tu yg mcm2 citer leh kuor tuh..hehehee...ooo,xpe ek kalo x poo lama2. ekcelli, dulu seingat intan, aina dulu pon pernah x poo lama tp ok jer. tp intan nih mmg suka cuak2 nih...hehehee..a'way thanx 4 d advise.
iena...tulah..mmg byk stok tu,tp nak kena monitor slalu,takut2 kalo terexpired pulak.
mirah..nanti bile dah x bp bz, amiklah cuti..blh spend time ngan anak2 kan...

Zety Zin said...

rasanya muka ainin dan aina seiras lah. pada pandangan mata kero ku ini-lah....

Ina Hashim said...

sayangibu...comelnya anak-anak dara dua orang tuh...sejuk je mata memandang :)

sayangibu said...

zety..ye ke? ada iras ekkk...hehehhee

kak ina... thank you...

CapT..salam perkenalan jua. agaknya laa kan, baby dah abih guna semua kan..hubby pon ckp g2..heheheee