Wednesday, March 3, 2010

Olahragawati In The Making...

Minggu nih merupakan minggu terakhir persediaan sebelum sukan MSSD. Maka dengan itu, setiap petang diadakan latihan untuk wakil-wakil sekolah. Saya haruslah terlibat sama sebab saya kan bekas atlit negara cikgu Kelab Olahraga. Walopun tak de kemahiran mendalam tentang acara-acara olahraga, namun kerana motto "Saya Yang Menurut Perintah", maka dengan gigihnya komitmen diberikan. Saya ditugaskan melatih wakil-wakil bagi acara Lompat Jauh. Seawal bulan Januari lagi latihan telah dijalankan. Dari proses saringan, memilih wakil-wakil yang layak, hinggalah ke peringkat menguasai skill lompatan. Hari ke hari berlalu, memang memenatkan. Nasib baiklah ada cikgu-cikgu bujang trang tang tang baru tu, walopun diorang bukanlah cikgu Kelab Olahraga, namun kerahan tenaga jasa baik mereka telah diminta untuk sama-sama menggembleng tenaga melatih wakil-wakil sekolah ayat skema memang tak bleh blahhhh. :P
*
Namun saya dan Malaysia merasa sangat bersyukur kerana, kami telah berjaya mencungkil bakat salah seorang dari mereka. Memang saya merasakan inilah calon olahragawati yang bakal mengharumkan nama negara suatu hari nanti. Semangat kesukanan dan kegigihannya sungguh jelas ketara. Walaupun cuaca panas-terik, dia tetap gigih menjalankan latihan tanpa mengenal erti penat. Saya rasa, kalo dibimbing dan diberi latihan intensif... insyaAllah dia akan berkembang sebagai atlit negara yang tersohor suatu hari nanti.... Apatah lagi di saat negara kita sedang ketandusan atlit negara yang berkaliber. Saya rasa nama Malaysia akan disebut-sebut suatu masa nanti... InsyaAllah.... Kalian boleh melihat kesungguhan bakal olahragawati negara ini sedang menjalankan latihan penuh bersemangat............... Saksikanlah...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
**
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Bakal olahragawati sedang 'warming-up' mengelilingi
padang sebanyak dua pusingan...
*

*

Hampir ke garisan penamat....

*


Penat!!! kita minum dulu....

*

Sedang memerhatikan tapak lompat jauh sambil

memikirkan skill lompatan...


Cuba mengenalpasti jarak yang hendak dicapai... mungkin 3.5 m?


Sayalah bakal olahragawati negara...

Kenapa??? Tak perchayeeee????? :D


Hahahhahahaaaaaaaaa..... amacam btol tak cakap saya???? Gigih kannnn??? :P

Sebenarnya kalian, sudah dua hari kebelakangan nih Ainin follow saya ke padang. Kali pertama bawak dia saya cuak jugak, takut dia mengamuk ke haper tengah panas buta. Tapi melihat padang yang luas, dia yang excited. Seronok berlari ke sana-sini tanpa sekatan. Seronok pulak 'berkawan' dengan anak-anak murid saya yang rajin melayan dia. Cikgu-cikgu bujang tu pun suka melayan mulut Ainin yang bising.... Hahhahaaaaaa... :D

Melihat dia seronok di padang, saya pun bawak laa dia lagi semalam. Memang dia suka. Yang paling best, langsung tak meragam. Bagus btol anak ibu nihhhhh..... bertambah sayang ibu kat Ainin. Kenapa saya bawa dia??? Bukan saja nak menyeksa anak tengah panas. Kesian nak tinggalkan dia. Bila saya balik sekolah, saya tak sempat langsung nak susukan dia. Balik dari sekolah saya terus ambil Aina pukul 2.30. Then balik, hantar Aina, solat, makan (kalo sempat) terus siap-siap nak ke sekolah balik sebab latihan mula pukul 3. Hari-hari macam tu. Ainin pulak bukan nak layan sangat EBM bila waktu petang. Lagipun kesian kat mak dan ayah saya yang dah penat jaga Ainin sepanjang saya ke sekolah. Tiap-tiap hari nak suruh mak ayah jaga dua-dua anak saya sampai petang adalah sangat kasihan, walopun mereka tak pernah komplen. Maka saya rasa baik saya bawak Ainin sekali. Boleh jugak curik-curik nenenkan dia. Sambil tu, boleh jugak Ainin main-main dengan saya. Nak bawak Aina sekali? Owhhh... tidak mungkin, karang saya bukan melatih budak-budak, saya jadik mak lampir meroyan di tengah padang nantinya... :P Lagipun Aina balik sekolah, penat.. biar dia nap sekejap.

Itulah kalian, rutin harian saya sekarang ini. Saya tak sabar nak tunggu MSSD berakhir minggu hadapan. Badan dah tak larat rasanya... tukang urut dah laaa jauh di mata ... :(

Sekian, laporan sukan dari saya hari ini.

"Majulah Sukan Untuk Negara"




9 comments:

ina said...

dah ada dah jiwa atlet atlet 2..tapi yang aku x tahan..pakai gaun 2 beb...hahhahaha.....

rintzpalil said...

maybe ainin blh jadi 'pencetus fesyen sukan' di balapan. cz pakai gaun.

izzahazfar said...

kenapa akak tak pakaikan ainin suar..lg senang dia nak lari...takut jauh pulak nanti kak...

best nyer leh bawak anak masa keje..kalau zah dapat.....zah bawak akmal sekali...

Ealyie said...

ni bukan atlit nyah oi.. ni gaya2 pom2 girl!!!! ahahaha.. meh aku bagi rambu2 utk ko..;p

IntanSham said...

Ina... panas nyahhhhh.... hahhahaaa... kebetulan masa tu, mak aku br bawak blk dia dari JB.. haku blk hangkut jer terusss... hahahahaaa....

Azrinna... wakkakakaaa... atlit yg anggun.. :P

Zah... kalo blh akk nak pakaikan dia singlet ngan diaper jer.. panas gilors... hehehheee... ye lah zah, kalo masa aktiviti mcm nih blh laa bwk anak... :P

ely... cehhh ko.... atlit laaa... pompom girl x nakkkk... :P

DNNA said...

*sangat berkenan dengan rambut ikat style pokok kelapak ainin*

very the stylo bebehhh ...

kehkehkehkeh ...

p/s - beza ek rambut aina ngan ainin ... masing2 istimewa :)

IntanSham said...

Dian... kalo x ikat, serabut je nyah aku tengok... hhehheeee... mmg beza habess rambut anak2 dara aku tu... ikut genetik dominan dan resesif... :P

Fid said...

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

syoknya dia

IntanSham said...

syiokkk nyahhh, dpt lari2 sukahati