Tuesday, March 23, 2010

Nak Jugak!!!!...

Meroyan tengok Entri Cik Fid kat sini :

http://yuitsumuni.com/2010/03/19/gold-saving-maybank/


Cik Fid udah memulakan langkah menjadi tokei emas. Saya tengah korek tabung ayam, kira duit cukup ke idak nak ikut jejak langkah Cik Fid.. Tak pun, saya kena tunggu saudagar yang tengah belayar nun di tengah lautan Parsi pulang ke pangkuan.. kot-kot dia ada bawak duit seguni untuk saya beli emas... :P
*
Semalam dah soal-siasat Cik Fid. Antara bijik butirnya saya nak catat kat sini untuk ingatan saya dan tuan saudagar :
  • minimum pembukaan akaun adalah 5g sahaja (mengikut harga emas semasa)
  • tiada tempoh had simpanan
  • tiada tempoh had untuk pengeluaran - means kalo bulan nih simpan, bulan depan nak kuor pun boleh. eh ko nih lom simpan dah sibuk nak keluorkan kerrr???
  • tiada tempoh matang - means tak perlu tunggu 5 ke 10 tahun ke untuk pengeluaran.
  • boleh tambah simpanan minimum 1g.
  • simpanan adalah mengikut harga emas semasa
  • zakat perlu dibayar bila simpanan dah cukup hol (eja?) - zakat menyucikan wang kita... :)

Semalam saya dah kira-kira dengan Cik Fid, katalah simpan emas sekarang 5g.. Harga emas hari ni RM 122 (ek?) = RM610. Katakan lima tahun lagik emas mencanak naik sampai RM200 segram, dah ada RM1000. Dah untung RM 390 kankankannnn. Tu kalo 5g.. Kalo 10g, 20g, 100g????? Hahhh... amik ko 100g... pengsannnn... :P

Bagi saya kira baguslah bukak akaun simpanan emas nih untuk memvariasikan simpanan kita. Selain dari simpanan-simpanan tak berpenghujung kat Jusco mahupun lain-lain kedai hakulah tu, perlu jugak kita ada simpanan yang membuahkan hasil untuk masa-masa kesempitan yang tak diketahui bila kannnn...

Tengkiu lah Cik Fid sebab dah mengorak langkah ke arah menjadi tokei emas nih, jadik ada laa jugak tempat saya nak merujuk dan bertanya soalan-soalan yang segan nak ditanya kat pegawai bank.. hahahhaaaaa... :D

Sekarang nih kan, kalo beli emas paras siku... bergayut kat leher sampai leher patah, buatnya kena ragut... putih mata... Marilah kita beli emas banyak-banyak yang orang tak nampak.

Oklah... saya nak sambung kire duit syiling dalam tabung ayam lagik nihhhh... Semoga ada rezeki saya untuk mengikut jejak langkah bakal besan Cik Fid. Anda bila lagi??? :)


16 comments:

cysev3n said...

mak dah start zaman emas rm90/gm. Dgn PB. Tp since non shariah compliant, mak jual. Ngee.

IntanSham said...

oooo... yg aritu CY buat n3 tu ek? owhhh, yg tu sama dgn ini ker? ingatkan yg tu jongkong emas....

cc said...

klo simpan cincin boleh ke? mati la tak paham konsep simpanan emas keadehnya T_____T

hol tu eja rumi 'haul' kot...kot aje la..hehehehehe

m-i-o said...

errr. errr. aku ni beli gula berkilo-kilo rilekk je. tp beli emas 5g rasa nak tercekik. apakah?

nyah, klo tuan saudagar bawak balik emas seguni, aku mintak 5g okeh? hahahhahah :P

CY4.0 said...

mak tak pernah beli jongkong.. kijang saja.. ngeee..

IntanSham said...

CC.. konsep simpanan emas nih mcm buat saving biasa, bezanya kita kena ikut harga emas semasa laa. let say harga emas semasa RM122/g. jadik masa bukak akaun tu, utk 5g bayaran adalah rm610.. ok then bulan dpn kata laa ko nk top up simpanan, nak beli 1g emas jer... masukkan rm122 dlm akaun. gitu lahhh... faham? kalo tak faham, datang jumpa saya lepas ni.. (intonasi sudah berubah menjadi cikgu intan)..wakakakkaaaa

zufa, laki aku kat tgh laut tu korek minyak.. x korek emas... hahahaa... :P btw..makan gula berkilo2 kencing manis... tp kalo emas berkilo2??? kencing emas?? apakah?? wakakkakaaa

CY.. wahahhaa...kijang emas yer.. sama kah kijang emas ngan gold saving account tu?

cysev3n said...

cikgu,
kijang emas is physical gold.. kena simpan baik2 kat umah.. kalau ada time, silalah godek blog ambo.. label Investment kalau tak silap.. tak pun $$$.. buku ni selamat la sket.. takde pegang emasnya.. heee..

Fid said...

intan
tadikan aku kan
sambil jalan keluar diambang maghrib cross kawasan perkilangan nak hala ke gate nak naik kereta laki tunggu aku dpok congak
kalau setahun kita simpan...kita beli 30g emas...10 tahun kita ada 300g...kalau ari ni rege emas 133/g
kalau 10 tahun lg naik jadi 173/g.
ko bayangkan 500 X 173...buntang tak mata?
hahahahahahhahahahahahhaha

MS said...

member aku citer.. wah aku pun cam berminat jgk.. sila beli hari isnin or slasa time tu biasa lebih murah

tp sila tgk hari khmis, jumaat lu trendnya

IntanSham said...

CY..ooo kijang emas = jongkong emas laaa.. laki mak pernah gak ckp kalo ada jongkong mas nih mcm best gak, tp takut nk simpan kat umah kannn...

fid... ko dah menaikkan nafsu ku nyahhhh...kahkahkahhhh... :P

MA..oooo mcm tu ek trendnya, info yg bagus. meh laaa beli ramai2...;)

ena said...

aku nak jugak nyah..
bak le lempor kat aku seketul dua jongkong tu.....

hahahaha

IntanSham said...

HAHAHAAAA... okeh ena, aku lempor, ko sambut btol2 yer... :P

~: Nour aka UmmiNor:~ said...

wah wah tahniah sbb mengorak langkah ikut jejak fid :)
mak hr tu cuma beli publicgold bar 5 g dan 10 g..kecik je senang nk simpan..tp kan takut lupa plak kat mana kita letak ahaks :shot memory lost syndrom:

IntanSham said...

baru nak mengorak nyahhh... tunggu laki mak balik nih kot dia nak tmbh isi perut tabung ayam mak... muahahhaaaaa... weh kalo takut lupe letak katner, meh bg mak simpankan... :P
hebat ko, simpan jongkong mas kat umah..;)

Fid said...

pssttt laki aku tambah 7g lg tadi utk aku akkaka

nak tulih kat blog kang laki marahhh hahahhaaa

menunjukkah ni??idak aku nak buat intan baraaaaaaaaaa

IntanSham said...

wahhhh bara nyahhhh mmg bara nihhhh.... muahahahaaaa