Tuesday, March 2, 2010

Mengapa Di Sekolah Perlu Ada Signboard???

Saya diminta clarify tentang kewujudan beberapa papantanda di sekolah-sekolah sekarang ini oleh UmmiNor @ nofaz-alin.blogspot.com
Papantanda yang dimaksudkan adalah :
*

'IBUBAPA/ WARIS DILARANG MENGUNJUNGI KAWASAN BILIK DARJAH' dan

'PELAWAT/IBUBAPA YANG INGIN BERJUMPA GURU, DINASIHATKAN BERJUMPA GURU BESAR TERLEBIH DAHULU'
*
Yelah, zaman kita sekolah dulu kan mana lah ada papantanda macam nih kan. Dolu-dolu mak pak kite kalo datang skolah, bleh redah jer jumpe anak kat kelas. Tak payah mintak-mintak izin bagai. Sekarang nih nak jumpa anak sendirik pun kena mintak izin kah??? :P
*
Owhhhh... zaman dolu dan sekarang lain u ollssss.... Zaman dolu tak ramai orang jahat. Zaman sekarang, orang jahat sangat ramai. Mak pak pun ado yang sanggup bunuh anak sendirik. Jadi papantanda melarang ibu bapa mengunjungi anak tanpa izin Guru Besar adalah sangat penting.
*
Rasionalnya....
1. Dikhuatiri ada ibu-bapa yang cuba mengambil anaknya tanpa pengetahuan ---> Ni kes-kes divorced parents lah nih. Pernah berlaku okeh kes macam nih. Pihak sekolah jugak yang dipersalahkan.
2. Dikhuatiri ada ibu-bapa yang cuba 'menyerang' murid lain ---> Ni kes tak puas hati bila anak bergaduh lah nih. Mak pak tak puas hati, direct jumpa murid berkenaan, nak marah atau lagi teruk nak 'mengajar' pulak. Haru kannnnn.....
3. Dikhuatiri mengganggu P&P murid ----> Ni kes murid-murid tahun 1 lah nih biasanya. Bila nampak mak pak, mulalah anak tak senang nak blajo. Biasanya kalo murid-murid baru, hari pertama jer parents dibenarkan melihat anak.
Kesimpulannya : untuk keselamatan murid perlunya papantanda 'IBUBAPA/ WARIS DILARANG MENGUNJUNGI KAWASAN BILIK DARJAH' diwujudkan.
*
Tentang papantanda 'PELAWAT/IBUBAPA YANG INGIN BERJUMPA GURU, DINASIHATKAN BERJUMPA GURU BESAR TERLEBIH DAHULU' pula, tujuannya untuk melancarkan P&P guru-guru. Mesti tak best, kalo cikgu-cikgu tengah syiokkk mengajor, skali ada pulak parents yang datang nak jumpa tak kiralah apapun tujuannya. Dah terganggu pengajaran cikgu, nak kena layan parents pulak. Parents ibarat customers.. perlu dilayan sebaik mungkin. Jadi lebih baik parents jumpa dengan GB dahulu kalo nak jumpa dengan guru. Lagipun kalo tak puas hati dengan cikgu pun, direct je lah buat pengaduan kat GB. GB boleh bagi jalan penyelesaian... :D
*
Sebenarnya ada banyak lagi peraturan yang perlu dipatuhi di sekolah. Semuanya telah diperhalusi dan ditimbang-tara sebaik-baiknya sebelum dimaklumkan. Apapun kesemua peraturan tersebut adalah untuk menjaga keselamatan dan keselesaan warga di sekolah.
*
Sekian pendapatan dari saya, salah seorang cikgu sekolah.... ahahhahahaaaa.... :)
*

12 comments:

sisdee said...

betul3x saya pun setuju buat cara camtu..dulu2 org byk yang reti bahasa..now nie byk yang tak reti bahasa hahahaah..

opppss..skdar pandangan :)

~: Nour aka UmmiNor:~ said...

ohhh nyah!!! tenkiu kerana meleraikan kenconfusesan mak nih....dah baca entri nih, betul jugakkan..la ni nama je manusia tp bertopeng haiwan pun ade..eish eish...sekian dari saya yg anak nak masuk darjah 1 thn depan hahahah

DNNA said...

Ohooo ... like that one ye Intan ..
Iye tak iye jugak ye ...
Zaman sekarang ni ...

Macam macam adaaaa ...

sWeEtDaRLinG said...

dulu2, waktu tengahari, mak2 pakat bertenggek tepi pagar sekolah dengan nasi semangguk, suap anak2 makan waktu rehat... aaarrggghh syioook nyaaaa

LiAnA said...

anak murid dulu pun lain mcm sekrg... dulu2 dgn cikgu punya kecut..skang ni dgn cikgu pun boleh panggil geng pukul huhu

IntanSham said...

Sis... btol sangat sangat tuuu.. ;p

umminor... yer, jgn laaa riso, bukan nak menyusahkan parents.. utk kebaikan semua pihak jer.. ahaksss....

Dian... peraturan skolah mmg agak strict skrg, x mcm dulu dahhh

sweetdarling, ku rasa budak2 skrg pun x nak kot kalo mak dtg bwk mangkuk nak suap makan... hahahahaaa

Liana.. tu ler pasal, nasib baik laaaa ku cikgu skolah rendah.. murid baru nak kenal dunia..

Fid said...

saya mencadangkan agar digunapakailah itu mykad dan mykid

buang duit saja tak guna

setiap sekolah 3 mesin scan mykad nak pastikan mak pak budak ke idak as registered in JPN rekod dan rekod sekolah

aci?????

IntanSham said...

fid.. ahaa... bagus cadangan tu nyah. ptt depa nih pikir benda2 mcm nih dari duk pungpang2 benda2 x berfaedah, blk2 nak tunjuk sape plg berkuasa... hishhhh...

Fid said...

rugiii tak jdkan aku pemimpin negara!!!!!

IntanSham said...

cepat2 laaa ko ganti makcik yg pakai selendang nmpk jambul tu nyahhh..hahahaaaa

UstazCahaya said...

Salam ziarah.

Pernah berlaku kes guru diserang dan kena tumbuk dengan bapa budak. Itulah kena jumpa guru besar dulu.

Saya juga pernah kena serang dengan bapak budak. Bukan salah sayalah. Budak tu kaki dia terseliuh sebab jatuh masa rehat. Bapak pula nak salah kan guru.

Mujur, saya tidak ada di sekolah waktu itu sebab saya ajar KAFA. Bukan hari-hari saya ada di sekolah.

Komen Kak Fid kita kat atas tu memang betul dan saya setuju. Rugi kak fid kita tak masuk politik;D

Kalau masuk, memang saya undi dia, hehe;D

IntanSham said...

Salam ustaz..
itu yg ditakuti, kes serang-menyerang nih kannn....
Btol kata ustaz, kalo saya pun saya undi dia.. hehehhee