Friday, October 30, 2009

Personal Fit VS' Soft Fit Medela...

Dah agak lama peram entri tentang testimoni penggunaan personal fit dan soft fit Medela nih. Baru hari ni datang idea nak menulis tentang ini.

Pam Medela Freestyle didatangkan dengan soft-fit breastshield yang ini...
Namun, saya menghadapi masalah dengan penggunaan soft-fit ni. Masalahnya ialah kulit nipple saya kerapkali melecet apabila menggunakannya. Owhhhh.. bila dah melecet dan kulit tersiat sikit tu, aduyaiiiiii... pedihnya Tuhan saja yang tahu. Bila nak pam lagi atau Ainin nak menyusu pun, tegang-tegang kaki mak menahan kepedihannya... huhuhuuuu. Menurut kata Aja, saya perlu pastikan letak nipple itu betul-betul tengah soft-fit tu. Hmmm.. saya rasa dah tengah dah, tapi tetap gak melecet (ke saya yang tak reti...). Bila saya baca info-info tentang breastshield ni, ada yang mencadangkan penggunaan Personal Fit Breastshield seperti yang di bawah ini...


Lalu tanpa membuang masa, saya pun order lah kat Aja (harga Aja jauh lebih murah dari kat kedai okehhhh...). Dan setelah menggunakannya... ternyata saya sangat sukak kerana, masalah nipple melecet itu tidak timbul lagi... Alhamdulillah... YEAY!!!! Maka saya dapat mengepam secara freestyle dengan gumbira... :P Ternyata lebih mudah nak ejas kedudukan nipple, tidaklah nipple tersenget ke sana-sini sewaktu mengepam... hehehheeee.......

Satu lagi saya perhatikan production susu dengan menggunakan Personal Fit ini adalah lebih banyak dari menggunakan Soft-Fit. Lebih kurang 1-2 oz pertambahan dengan menggunakan Personal Fit. Oklah kan bila production lebih.

Saya tak pastilah pengguna Medela yang lain prefer breastshield yang mana satu. Tapi untuk saya, I vote for Personal Fit!!! :D


Thursday, October 29, 2009

Servis Terbaik Buat Suami...

... ya.. sepertinya saya masih dihantui oleh panggilan hangit kelmarin... :P
Sebenarnya entri ini sudah terlintas di pemikiran saya semalam, tetapi tidak berkesempatan untuk mewartakannya di sini. Errr... sebelum itu, entri ini mungkin mengandungi sepatah-dua kata yang 18SX sedikit... harap maaf... :)

Sebenarnya persoalan yang terlintas di kepala saya apabila membincangkan persoalan P.O.L.I.G.A.M.I ini adalah mengapakah suami ingin berpoligami???
Ya mengapa?? Haruslah ada penyebabnya kan. Takkan pulak secara tiba-tiba si dia mencari jodoh yang lain.

Di antara sebab-sebab yang saya bayangkan adalah mungkin kerana...

1) Isteri tidak melayani suami sebaik-baiknya (dari segi makan-minum, pakaian, sex dan sebagainya).
2) Isteri tidak pandai jaga diri - dalam ertikata lain, tidak menawan lagi.
3) Suami mempunyai kehendak batiniah yang terlalu tinggi (sampai isteri tak larat nak layan).
4) Suami memang G.A.T.A.L - tak cukup dengan seorang isteri, pantang tengok perempuan terus nak test power.

Sebenarnya ada banyak lagi penyebab yang saya bayangkan, tetapi cukuplah empat ini untuk disenarai-utamakan.

Sebab pertama dan kedua, saya letakkan isteri sebagai penyebab tercetusnya keinginan suami berpoligami. Isteri yang tidak atau kurang melayani keperluan suami zahir dan batin. Tentang soal makan-minum suami dan juga batin suami. Teringat saya pesan emak, "dua perkara penting untuk mengikat suami, perutnya dan dotdotdot" maksudnya yang gitugitulah.. Pesan emak juga, walau macammana sibuk pun seorang isteri, makan-minum suami jangan diabaikan. Biar suami makan air tangan kita, barulah ke manapun pergi, suami akan selalu ingatkan kita. Itu pesan emak saya sebaik saya melangkah ke alam rumahtangga, pesan yang saya ingati sehingga kini yang saya fikir banyak kebenarannya. Di awal perkahwinan, kebanyakan isteri berlumba-lumba menjadi isteri mithali. Segala keperluan dan kehendak suami dituruti. Namun semakin waktu berlalu, kadangkala isteri tidak lagi mengejar status isteri mithali itu. Mungkin kerana semakin sibuk dengan karier juga semakin sibuk dengan anak-anak yang semakin bertambah dari tahun ke tahun. Ketika itu, suami sudah jatuh ke nombor tiga, mungkin empat atau entah yang ke berapa, tanpa disedari. Dan ketika itu jugalah, suami mula merasa semakin kurang dilayani, maka ketika itu jugalah ada pulak anasir luar yang menggoda maka si suami pun mulalah terdorong untuk berpoligami. Namun bagaimana pula dengan isteri yang memang perfect 100%??? Seperti seseorang yang saya kenali, punyalah baiknya.. memang tabik lah dengan layanan dia terhadap suami, sampaikan stokin suami balik dari kerja pun dia bukakkan.. punyalah baiknya layanan dia yang saya rasa tak terbuat oleh saya.. tetapi... suaminya tetap juga berkahwin lain.. Sangat simpati dengan nasibnya. Mungkin jika ini berlaku, sebab ke-4 lah menjadi penyebab utama sang suami berpoligami.

Atau mungkin juga setelah bertahun-tahun berkahwin, setelah melahirkan anak-anak seramai mungkin sepertimana kehendak suami, maka potongan badan isteri tidak lagi seperti dahulu. Juga kerana sibuk melayani kerenah anak-anak, maka si isteri terlupa untuk berhias cantik di hadapan suami. Maka kerana isteri mengabaikan keanggunan diri, mata suami mulalah melilau menjeling-jeling yang lain. Kedengarannya tidak adil, kerana si suami sering mahu isteri kelihatan menawan, tetapi suami pun alahai... boleh tahan juga serabai. Namun kadangkala, ini juga yang dijadikan sebab. Pokoknya bila hati sudah jemu, semua pun boleh menjadi penyebab. Alangkah payahnya mempertahankan keindahan berumahtangga, alangkah sukarnya menjadi isteri, segalanya perlu dipastikan sempurna, takut jika suami dikebas orang kerana kepincangan diri sendiri. Namun ada juga yang isteri bukan main cantik jelita, potongan badan mengalahkan anak dara, tetapi suami masih juga mahu buka cawangan baru. Maka dengan itu sebab ke-4 jugalah menjadi penyebab utama.

Sebab yang ketiga bolehkah diterima pakai? Adakah golongan bernafsu tinggi ini hingga seorang isteri tidak termampu melayani? Ohhh.. mungkin kalau ini menjadi penyebab, isteri tak mampu melayani kemahuan suami yang terlalu tinggi, mungkin patutlah dipertimbangkan keinginannya berpoligami agaknya.

Namun sebab yang keempat itu adalah sebab yang memang rata-rata bertepatan. Kebanyakannya berpoligami kerana sebab inilah. Sebab setakat ini, saya masih lagi belum pernah mendengar orang berkahwin lain kerana ingin membela nasib ibu tunggal. Mungkin ada, tetapi saya tak tahu. Mahu berkahwin banyak kerana mengikut sunnah nabi. Perkara yang lain apakah mahu diikuti sunnah nabi? Tepuk dada, soallah hati.

Apapun... saya merasakan saya tetap ingin memberi servis terbaik buat suami dari segi apapun jua. Supaya jika ditakdirkan Allah suami mahu buka cawangan baru, bukanlah kerana kesilapan saya. Semoga apabila saya sudah begitu sempurna menjalankan kewajipan sebagai seorang isteri, maka saya tidak akan membuka ruang untuk suami saya berpaling kepada yang lain. Marilah kita bersama-sama menanamkan tekad untuk memberi servis terbaik buat suami masing-masing.. setuju??? ;)

** entri ini sekadar ingatan untuk diri sendiri... maaf jika mengguris hati sesiapa. Sesungguhnya tidak berniat menyentuh perasaan sesiapa pun jua...

Wednesday, October 28, 2009

Tak Sempat...

...ahaaa... Saya tak sempat nak bergosip update citer sensasi kat blog hari ni gara-gara kena jaga budak periksa dan kena relief guru yang tiada pulak pagi tadi. Cuma free sampai pukul 8.40 jer. Nak mengepam pun tak sempat... huhuhuuuuu... Sekarang ni baru dapat bukak laptop sambil mengepam.

... Jadi saya terjah blog kalian je lah sambil meninggalkan jejak kasih mana yang berkesempatan.. Besok jelah saya bergosip di blog sendiri, bolehlah saya pikir-pikirkan topik apa yang hangat untuk dijamu kepada kalian... :P


Tuesday, October 27, 2009

Panggilan Hangit???

Siapa ada dengar panggilan hangit di H*ot FM pagi tadi??? Alahhhh...tentang panggilan yang dibuat kepada seorang wanita, kononnya panggilan itu datang dari Pejabat Agama berkenaan dengan permohonan suaminya untuk berpoligami. Ohoooo... bagi aku itu bukan panggilan hangit yang lawak okehhhhh... Walopun takde kena mengena dengan aku, tapi tetap menghangitkan emosi aku sebagai seorang wanita, isteri dan dotdotdot...

Eh.. kalian bayangkan ek, boleh pulak suami dia suruh itu radio hangitkan isteri dia tentang perkara sensitif yang memang betul-betul terjadi iaitu keinginan si suami untuk berpoligami. Bila aku dengar, kesian wehhh dengan si isteri tu. Suara dia dah kontrol habis dah.. sebak je suara dia tahan perasaan. Bila si isteri dah betul-betul emo, barulah dia diberitahu tentang panggilan hangit tersebut dan papppp.. terus dia letak telefon, dan tak dapat dihubungi lagi selepas itu.

Poligami... apakah boleh dijadikan gurauan??? Ya aku tahu poligami memang halal di sisi agama, aku tidak menafikannya.. tetapi ianya terlalu sensitif untuk dibicarakan bagi semua (atau mungkin sesetengah???) wanita yang bergelar isteri. Malah, ustazah kat sekolah aku pun tak sanggup okehhh kalo ditawarkan dengan 'payung emas' itu. Jadikan aku tak nampak apa rasionalnya perkara poligami ini dijadikan bahan gurauan sampai ke tahap nak menghangitkan isteri macam tu. Apatah lagi, memang betul-betul si suami tu sedang ada affair dengan perempuan lain. Eh, apakah perasaan dan emosi isteri itu boleh dilawakkan untuk menjadi halwa telinga dan bahan gelak orang lain secara umum???? Beb... aku EMO.. ye memang, sebab aku kesian sangat dengo suara mangsa hangit itu. Kalo lah suami dia memang tak ada affair, okeh fine.... mungkin boleh gelak lagi lah.. tapi ni memang suami dia ada affair dan memang bercadang nak berpoligami. Kesian okehhhhh...

Kisah poligami ini memang banyak pahit dari manisnya. Harap-harap kita semua tidaklah terjerumus dalam kancah perkongsian kasih yang beronak-duri ini. Wahai para suami. (yang berpoligami)... jika kasih-sayang dan cintamu terlalu banyak, kenapa tidak kau agih-agihkan sahaja kepada anak-anak dan isterimu?? Kenapa perlu ada wanita lain untuk kau tabur kasih-sayangmu??? Oh..oh... Panggilan hangit pagi tadi memang betul-betul HANGIT!!!! Huhhhhhhhh..... :(


Monday, October 26, 2009

Aduhai Anakku Ainin Sofiya...

... sungguh kasihan... Sudah seminggu Ainin Sofiya tak nak makan sangat. Nasi dan sup memang ditolaknya. Makan bubur pun dua tiga suap sahaja. Yang dia boleh makan lebih sikit cuma roti berkrim sahaja. Tu pun tak habis sebuku.

EBM yang saya bekalkan pun asik berlebihan je. Biasa habis 10 oz, tapi skarang asik ada balance 5 oz je. Dia nak abiskan 5 oz lagi pun susah, kata mak saya.

Tak makan, tak minum EBM.. semua tu saya boleh tolerate lagik asalkan dia masih direct-feeding dengan saya. Tetapi, sejak dua hari lepas... Ainin sudah mula tak mau direct-feeding pulak!!! Menangis-nangis bila saya suakan nenen kat dia. Kesian sungguh. Saya tahu dia lapar, dia haus tapi dia menolak untuk makan, EBM dan kini nenen juga... huhuhuuuuuu... :(
Dia memang haus, sebab bila beri air masak, dia meneguk macam hape. Lebih kronik bila time dia nak tido, lagilah... biasanya dapat nenen, terus pejam mata. Ni dah reject nenen.. nak tido memanglah susah. Merengek aje sepanjang masa.

Saya rasa puncanya sebab gusi dia bengkak nak tumbuh gigi. Sebab saya tengok air liur dia meleleh semata. Sampai saya kena letak 'taleo' kat dia, nak elakkan baju basah. Dan saya kena sentiasa bawa tuala kecik untuk lap air liur dia. Dah macam bawak baby lepas hari pulak jadinya. Kesian anakku... sungguh laaa saya tak sampai hati tengok dia. Dah laa saya termarah dia semalam sebab dia geget nenen saya dengan kuatnya. Menyesal saya marah dia, I'm a bad mom... huhuhuuuuuu.... Sayu hati tengok dia merajuk menangis. Memanglah patut saya kena geget sebenarnya sebab dia dah kata "nanak..nanak" kat nenen saya, tapi saya masih sua-suakan kat mulut dia, tu yang dia geget... kena marah pulakkkk.... huhuhuuuuuu.....

Nak buat macammana ye? Saya agak panik sebenarnya sebab dia dah reject nenen juga nih.... Dulu masa Aina nak tumbuh gigi takde pulak dia buat perangai macam ni, tu yang saya agak blur mahu buat apa...


Sunday, October 25, 2009

Dating Malam Kelmarin...

... tidaklah dating hanya berdua-duaan, tetap juga berempat-empatan. Yang untung adalah Mr Hubby, sebab diapit oleh 3 dara pojaan perempuan... e'ehhh dah macam rhymes pulak bunyiknya... hahahhahaaaa... Sebenarnya memanglah belum tergamak lagi hendak berdating berdua sahaja. Rasa tak tenteram kalo nak meninggalkan anak-anak daraku yang dua orang itu. Maka kami hangkut juga mereka untuk join aktiviti malam kami yang sudah agak lama tidak kami lakukan. The more the marrier... no??? :P

Ya... Malam kelmarin, hati saya tiba-tiba menggediks nak tengok wayang. Last tengok wayang masa Transformers hari tu. Tidaklah lama sangat.. tapi entah kenapa terasa ingin beno ke panggung wayang lagik. Cerita pilihan... Papadom... cerita ringan-ringan sahaja. Mungkin tertawan selepas melihat The Making Of, juga setelah membaca review dari bloggerz yang udah pergi menonton. Maka pukul 6pm, sms hubby ajak tengok wayang. Dan hubby yang memang tidak pernah menghampakan permintaan si isteri, terus suruh p booking... ahaksss.. tengkiu laling!!! Maka saya pun surfing lah mencari-cari waktu tayangan yang bersesuaian, dan akhirnya jumpa di GSC Pelangi Leisure Mall, jam 9.30pm... terus call dan booking 2 sits.

Hubby balik, mandi-manda, solat.. terus zooommmmmmmmmm ke Leisure Mall. Collect tickets dan makan dulu di Mc D. Cerita pasal Mc D, saya sekarang sedang asyik mengumpul gelas warna-warni Luminarc yang cantik edisi terhad Mc D tu tau. Sudah ada 3 biji. Terlepas yang colour pink tu.. tapi masih berusaha mencarinya.

Maka malam kelmarin, kami telahpun menonton kisah yang sarat dengan pengajaran yang tersirat ini... PAPADOM...


Bagi saya cerita ini memang BEST!!! Layaklah ia menang banyak anugerah masa festival filem yang lalu. Sebuah kisah yang simple dan lawak tetapi bermesej. Saya rasa memang u olls patut ajak hubby p tengok cerita ni. Kalo tak mau tengok wayang pun, beli DVD haram . Yang pasti mesti nak suruh gak hubby-hubby menonton cerita ini. Sebab???? Sebab nanti barulah hubby boleh terfikir, alangkah payahnya hidup nak membesarkan anak sendirian jika ditakdirkan si isteri diambil Tuhan. Barulah nanti boleh terlintas di pemikiran hubby, janganlah asyik sibuk bekerja aje... Masa yang ada perlulah diperuntukkan juga untuk anak dan isteri. Sebab kita tak tahu kan, berapa lama masa yang Tuhan berikan untuk hidup bersama-sama suami dan isteri. Maka jika hidup kita hanya untuk KERJA, KERJA dan KERJA sahaja... alangkah ruginya. Bila pasangan sudah menyahut seruan Ilahi, barulah kita akan tahu betapa masa yang ada telah berlalu begitu sahaja. Maka tinggallah kita meneruskan kehidupan dan membesarkan zuriat yang ada bersendirian.

Hubby saya mestilah sangat sesuai menonton cerita ini, sebab dia sama dengan Papadom itu, ada anak perempuan.. tetapi bukan satu malahan DUA lagik...hehehheeee... Sayang.. kalo ai takde, mesti pening kepala you nak handle dua orang anak dara tawwww... Jadi sila hargai keberadaan ai di sisi you ketika ini... ahakssssssss....

Jadi u ollss.. p laaa ajak hubby tengok cerita nihhh... :D

Hari ini, kami berempat mau pergi dating lagik. Hubby ajak ke Angsana. Saya terfikir hendak bawa anak-anak ke Danga Bay. Dah lama jugak tak beriadah bersama-sama anak-anak.

Kalian ke mana hari ini???


Friday, October 23, 2009

Terima Kasih.. Terima Kasih...

... Errr... Baru dapat pengumuman jika telinga saya tidak tersalah dengar... Bos besar mengumumkan wang intensif RM500 akan dipanjangkan kepada semua penjawat awam.

... Terima kasih bos... terima kasihhhhhh... Syukur Alhamdulillah.. daripada tak ada langsung kannnnnn... :P

... Hmmmm... Terus saya berfikir-fikir... Apalah nak dibuat dengan wang pemberian bos yang banyak ini??? Mungkin patut disimpan sahaja sebab tak tahu apa yang boleh dibuat dengannya... Ahahahhaaaaaaa................ :P


Update Pertandingan...

Jamuan Hari Raya berlangsung sudah pagi tadi. Begitu juga dengan pertandingan nyanyian lagu raya yang saya war-warkan semalam.

Keputusannya seperti yang diduga anak-anak murid di bawah bimbingan saya telah berjaya menggondol tempat pertama... ahahahhahaaaaa..... Haruslah diorang mendapat tempat pertama, sebab antara yang bertanding diorang lah yang over sekali sebab siap buat sketsa ala-ala video clip bagai... hahahahhaaaa...

Sayang mak tak dapat amik gambo atau rakam sebab camera mak rosak.. huhhhh.. nanti menompang gambo kat cikgu lain jek laaa.. :P

Anyway... saya akui, anak murid saya yang tahun 6 itu memang kreatif dan bagus dalam bekerjasama. Haruslah saya tumpang bangga jugak sebab persembahan diorang tadi memang best dan menghiburkan... ahakssssss.... :D

**Di bawah pentas, saya pun sakan menyanyi jugak... kahkahkahhhhhhhhhh....Tapi lepas pertandingan ada pertandingan karaoke lagu raya, saya cepat-cepat lepak kat tempat lain...koser nak menyanyi sambil ditonton oleh anak murid... :P

Saya Sedang....

... menonton Bajet 2010... Apakah yang menarik untuk bajet tahun hadapan ini??? :D

** masihkah ada harapan untuk yang mengharap??? :P



Thursday, October 22, 2009

Tajuk Apa???

...Tiba-tiba saya blank nak letak tajuk apa pada entri kali ini... :P Sebab hari ni, kotak pemikiran saya dipenuhi dengan pelbagai perancangan yang saya mesti buat hari ini, tak boleh bertangguh lagi.

... Owhhhh... saya kelegaan, tadi baru saja menghabiskan silibus darjah dua dan empat. Ya... silibus memang patut dihabiskan hari ini juga, sebab minggu depan peperiksaan akhir tahun sudah bermula. Sepatutnya habis lebih awal, tapi tak terkejar rasanya masa yang berlalu. Di awal-awal tahun saya melambat-lambatkan setiap topik. Untuk darjah dua saya lambatkan sebab silibusnya sikit sangat, terlalu cepat habis pun tak boleh jugak. Untuk darjah empat yang saya ajar, murid kelas lemah, saya banyak beri penekanan sesuatu topik dan latihan dari topik ke topik. Murid kelas lemah tak boleh nak ajar macam keretapi ekspres, nanti satu habuk pun tak paham... Alangkan ajar macam kereta lembu pun diorang lambat nak paham.. lagi pulak keretapi ekspres. Sungguh mencabar okeh nak ajar murid kelas lemah nih.
Jadi kesimpulannya saya telah menghabiskan silibus yang dipertanggunjawabkan.. dah tak ada hutang dengan anak-anak murid saya lagi..

... Hari ni jugak kena siapkan soalan periksa untuk Muzik tahun 6 dan Moral tahun 5. Muzik sudah settle, Moral on the way. Hari ni memang banyak keje nak kena buat sebab esok ada Jamuan Depa-Raya di sekolah saya. Yer... masih lagi ada hati nak buat jamuan RAYA walaupun raya sudahpun tamat.... :P
Nampaknya memang Raya sebulan tak cukup-cukup. Tadi saya melatih murid Tahun 6 buat persembahan lagu Raya untuk esok. Esok ada pertandingan menyanyi lagu Raya. Patutnya guru kelas yang buat, tapi guru kelas tahun 6 memang sibuk dengan macam-macam kerja, jadi sayalah kena tolong take over.. lagipun saya kan ahli Guru Muzik. Saya pilih lagu Warna-Warni Aidilfitri nyanyian Artis-artis BMG (Hattan, Nash, Erra, Amy Mastura dan lain-lain). Saya pilih lagu ini sebab ini salah satu lagu Raya yang saya suka. Best lagu nih.. Lagu raya yang gembira. Nak bertanding mestilah lagu yang happy kan.. kalo lagu sedih, nanti susah nak buat gaya, terpaksa nak berdiri tegak macam batang lemang.. tak syiokkk laaa pulakkk... Kalau lagu happy bolehlah berjoget-joget sikit. E'ehh.. sosial sungguh saya kan? Guru muzik memang sosial (waktu mengajar muzik ajer lahhh...). Eh saya tiba-tiba mengaku saya guru muzik padahal ajar muzik hanya satu jam sahaja seminggu... kahkahkahhhhhh.... Tapi saya memang enjoy melatih budak-budak ni lagu Raya ini. Murid tahun 6, tak payah nak susun-aturkan, diorang pun boleh bagi idea sendiri nak buat macammana.

Tapi kan, budak-budak nih suka betul lagu Raya yang Anuar-Elina tu, entah hape tajuknya saya lupa. Mula-mula saya suruh nyanyi lagu yang saya pilih, diorang nak reject, mintak nak nyanyi lagu Anuar-Elina. Tapi saya tengok dari darjah 1 sampai darjah 5 ramai yang pilih nak nyanyi lagu tu, apekehal lah pulak kan semua nak nyanyi lagu yang sama... matilah nak dengo lagu sama ulang-ulang. No..No...No... Cikgu Intan memang Hitler... "Kamu nyanyi lagu yang saya pilih atau kamu tak payah masuk langsung.." Hahahhahaaa.. kejam? Yer... pedulikkk... murid-murid kena dengar cakap cikgu... :P Maka menyanyilah mereka lagu yang saya pilih tu walaupun sehari-dua berlatih macam nak tak nak, tapi minggu ini nampaknya diorang dah bersungguh-sungguh berlatih, siap buat props bagai... hahahhahaaa... dah sukalah tu lagu yang saya pilih tu... :D

Eh saya kan nak upload lagu Raya tu, tapi error manjang.. pesal ntah... Korang pernah dengo ke tak lagu tu ek? Korang google lah sendirik kalo nak dengo ekkkk??? Taip "Warna-warni di aidilfitri" kat Google ... :P


p/s...Saya kan nak cerita pasal semalam saya bawak anak-anak murid saya pergi Cabaran Petrosains, tapi tak boleh nak upload gambo sebab cable tertinggal. Nantilah saya story next time...



Tuesday, October 20, 2009

Supermodel...

Lately ni agak susah nak amik gambo Aina. Tapi kelmarin, entah hape anginnya tiba-tiba dia seronok nak bergambo pulak. Jadi saya pun jadilah jurugambar tak bertauliah untuk supermodel saya yang seorang ini...



Aina Suraya bakal berusia 3 tahun pada 13 November akan datang ini. Menjelang usianya 3 tahun ini, saya rasakan anak saya sudah semakin besar.. memanglah kannnn... Tapi Aina sudah boleh jadi teman berbual saya, mengadu rasa penat dan sedih, dia sudah pandai memberi respon. Saya lihat dia sudah semakin sayangkan adiknya, sudah boleh bermain bersama tetapi kadangkala masih lagi tak mahu berkongsi barang dengan adiknya terutama barang-barang yang memang sudah dinyatakan sebagai kepunyaannya. Tetapi kalo saya belikan mainan baru, dan nyatakan ini kongsi dengan adik... maka dia boleh berkongsi.

Tahap pembelajaran Aina juga sudah semakin baik. Huruf dan nombor sudah dikenalinya. Juga sekarang mak saya sudah mula mengajar dia Iqra' 1, Alhamdulillah Aina terang hati dan boleh membacanya. Saya terfikir hendak hantar Aina ke Play-School tahun depan, insyaAllah kalau kelas pukul 8.00 - 11.00 pagi di tadika yang saya pilih itu masih belum penuh.

Kemajuan Aina satu lagi ialah, sudah berjaya potty-train sepenuhnya. Termasuklah buang air besar di toilet!!!! Rasanya sangat senang melatih Aina. Alhamdulillah... Sekarang cuma waktu tidur malam saja saya pakaikan dia diapers. Waktu tido siang pun saya kadangkala, masih confident tidak men'diapers'kan dia. Bila jalan-jalan saya nak pakaikan diaper tapi dia tak mau, nanges-nanges taknak sebab dia kata "Aina kan dah besar. Tengok kawan-kawan kat sekolah semua tak pakai pampers". Kawan-kawan kat sekolah itu adalah merujuk kepada anak-anak murid saya, sebab dia kan selalu ikut saya ke sekolah.. jadi kawan-kawan dialah mereka tu.. :P
Kalo dia tidur, dan bangun dari tidur tengok dia pakai diaper, dia akan melalak mintak saya bukak diaper itu... hadoiii laaa.... hahahhahaaaaa

Hmmmm... membuat entri ini, membuatkan saya teringat anak-anak di rumah.. rindu lah pada anak-anak saya yang berdua itu. Ya... ini adalah entri berkenaan Aina Suraya semata. Nanti akan saya buat untuk si kecik comey saya yang seorang lagi pula. Tapi, eh semalam sudah buat satu tentang Ainin kannn... :D

Monday, October 19, 2009

Langkah Pertama..

... sebenarnya bukanlah langkah pertama sangat pun. Ainin Sofiya telah mulakan langkahnya sejak seminggu dua yang lalu, tapi masih berpegang pada sesuatu. Cuma dua tiga hari lepas, dia sudah mula berkeyakinan untuk berjalan sendiri tanpa bantuan.

Akhirnya... menjelang usianya setahun tiga bulan, dia berjaya berjalan sendiri!!!! Clap clap...
Kalau Kakak Aina berjalan di usia setahun dua bulan, nampaknya Ainin lambat sebulan. Tak apalah ya adik... apa yang penting kerjasama adik happy dan sihat-sihat selalu.... ahakssss....

Dan yang lebih buatkan ibu excited, Ainin juga telah mula bercakap!!!!!!! Clap clap lagiiii....
Ahahhh... macam tak percaya, Ainin cepat btol bercakap dan memahami percakapan kita. Walopun tak lah keluar perkataan seketul-seketul, tapi boleh lah nak paham apa maksud dia. Contohnya kalo kita bagi barang kat dia, dia akan cakap "acihhhh" dan kalo dia bagi barang kat kita dan kita kata 'terima kasih', dia akan balas, "ama-ama"... ahahhaaaaa.... kiut jer dengo... :P
Errr... tapi satu je, dia panggil 'air' ... "yayyoooo"... hahahahhaaaa... puas betulkan, tetap yayyooo jugak yang kuor... :D
Lagi satu yang ibu tengok, Ainin rajin mengikut apa yang kita cakap lepas tu dia suka mengulang-ulang apa yang kita cakap kat dia. Bijak anak ibu ni... ehehhh... puji anak sendirilah pulak.. kalo tak puji, sape nak puji ye takkk??? :P
Lagi best sebab dah boleh suruh dia amik barang jugak. Barang-barang yang ada dalam vocabulary dia lah setakat ini macam bedak, buku, handphone (wahhhh...), botol air dia, sikat, eh banyak jugak kalo nak listkan... Part bercakap nih memang Ainin lebih advance lah dari Aina. Aina dulu, setahun lapan bulan baru boleh nak paham cakap dia... lambattttt tapi cepat je terang dan jelas percakapan dia dan sekarang dalam usia dua tahun sebelas bulan, percakapan Aina dah memang sempurna dan struktur ayat dia dah macam kita cakap dahhhh.. bravo kakak!!!!

Ok kalian layan lah video-clip Ainin berjalan ni yang ibu amik semalam. Maaflah, sebab gambo terbalik, takleh nak betulkan. Then kualiti video pun hampeh sebab amik pakai handphone jer. Juga sila abaikan 'pelakon tambahan' yang berbaju biru itu nanti, mencikk makkkk.... dah laa
susah nak record, dia lak sibuk enterprem... hishhhh.... :P



video


Thursday, October 15, 2009

Sasaran Kerja Tahunan...

... Cikgu-cikgu sekolah saya sedang sibuk membuat SKT atau Sasaran Kerja Tahunan. Apa itu SKT?? Alaaaaaa... dia macam ala-ala assessment setiap tahunlah jugak. Senaraikan segala kerja dan program-program yang dikendalikan sepanjang tahun ini. Tujuannya untuk kenaikan gaji tahun depan atau kalau ada rezeki bolehlah menggondol Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang diidam-idamkan seantero masyarakat penjawat awam.

Saya pun sedang bertungkus-lumus memerah otak menyenaraikan apa kerja-kerja yang berada di atas batu jemala patik telah saya buat ini tahun. Apa yang saya hendak goreng tuliskan telah pun saya draf. Tidaklah saya mengharap APC itu kerana saya ini masih dikira junior, ramaiiii lagik senior yang menagih kasih belum berpeluang menggondol APC itu. Adatnya, yang senior biasanya didahulukan walopun biasanya yang junior yang dapat keje banyak macam hape... hahahahaa.. tapi mak tak kisah, sebab kalau orang lain dapat itu rezeki mereka, dan yang pasti mak kenyang jugak sebab they all mesti open table.. :P

Owhhhh... hari ini sebenarnya adalah dateline untuk menghantar SKT itu kepada GPK 1, tetapi saya sudah bisik-bisik manja padanya minta tangguh hari Selasa depan... heheheee... Banyak betul kerja-kerja yang saya nak senaraikan sampai tak habis-habis saya taip sebab asik berblogging walopun dah buat dari malam tadi... :P
Lagipun kan mak mertua saya ada di rumah, tentulah tak manis kalo saya asik menghadap lappy aje kan kan kannnnn??? Kukuh tak alasan saya??? Kahkahkahhhhhhhhh...
Tapi GPK saya yang soft-spoken itu sudah dengan baik hatinya bagi saya hantar lambat, dia kan tahu saya memang banyak cakap kerja, sebab saya kan 'assistant' lantik sendiri dia... :P

Eh esok dan Isnin kan saya cuti. Cuti Deepavali lahhhh... Kata Satu Malaysia, jadi walopun orang lain yang raya, orang lain pun kena sibuk-sibuk bercuti jugak kannnnn... barulah meriah... hahahhaaa... Jadi.. emmm.. jadi esok tak payah lah saya bangun terlalu awal untuk membuat sarapan... *wink*

Tuesday, October 13, 2009

Mertua VS' Menantu...

...Tajuk haruslah gempak.. :P
Barulah u olls cepat-cepat terjah blog ai... ahhahahaaaa................. :D

Adapun saya bukanlah nak bergossip perihal mak mertua saya mahupun mak mertua orang lain. Saya cuma ingin mengkhabarkan, mak mertua saya ada di rumah saya sejak hari Ahad lepas. Dah lama jugak mak mertua saya tak datang dan bertidur-tiduran di rumah saya.

Jadi sejak Ahad lepas saya adalah super-duper rajin... wakkakakakaaaaa.....

Macammana tak rajin u olls.... Di malam hari selepas makan malam, saya akan siap-siap masak untuk makan tengahari esok. Sebab saya balik pukul 2 kan, nanti kesian pulak mak mertua saya nak tunggu saya balik baru nak masak. Of course lah saya tak kan susahkan dia nak masak pulak walopun mak mertua saya kata biar dia je masak lauk tengahari. Then pagi-pagi, saya bangun lebih awal supaya saya boleh buat sarapan yang berat. Biasa kan sarapan roti je.. :P
Lepas tu waktu petang pun saya sangat rajin buat minum petang. Selama ni bukanlah tak rajin, tapi kalo saya buat pun, Mr Hubby bukannya balik keje cepat, kang makkkkkk jugak yang mentekedarah sorang-sorang... hahahhahaaaa....

Begitulah rutin kehidupan saya minggu ini. Anak-anak saya dijaga oleh mak mertua saya. Dia pun jarang-jarang kan dapat bermesraan dengan anak-anak kepada anak lelaki kesayangan dia itu.. :)

Kalau kalian bagaimana? Super duper rajin jugakah seperti saya bila mak mertua kalian datang ke rumah????? :P

Monday, October 12, 2009

Marhaban & Mini Open House..

Semalam merupakan hari Marhaban cikgu-cikgi sekolah saya. Memang ini merupakan acara wajib yang diadakan setiap tahun di Hari Raya. Biasanya cikgu-cikgu akan bergilir mengadakan Marhaban di rumah masing-masing. Sebenarnya bagus jugak lah buat Marhaban ni, kalo tak manalah nak berkunjung ke rumah diorang kannn... Masa ni jugaklah kita boleh kenal seisi keluarga masing-masing, siapa suami cikgu ni, siapa isteri cikgu tu. Pasangan kita masing-masing pun bolehlah beramas-mesra dengan pasangan kawan-kawan kita. Anak-anak pulak bolehlah kenal-kenal dan main-main dengan anak-anak orang lain. Memang mengeratkan silaturrahim lah acara Marhaban ni.

Tahun lepas saya tak buat Marhaban di rumah saya sebab tak kuasa dengan baby yang masih kecil. Tahun ini nampaknya perlu buat jugaklah. Maka semalam rombongan Marhaban SKPG 2 telah singgah ke teratak saya.

Dari Sabtu malam lagi saya sudah menyiapkan hidangan. Saya masak soto nasi impit dan bihun. Tidak lupa menggentel bergedel. Makan soto takde begedel mana syioookkkkk kannn??? Kena siapkan dari malam, sebab pagi esok dah start Marhaban, saya kena join jugak ke rumah diorang. Gigil jugak nak masak hidangan untuk ramai orang. Tapi, Alhamdulillah... menjadi juga. Nasib baiklah adik-adik saya dah tolong saya preparekan bahan.. saya tinggal masak sahaja. Juga Mr Hubby yang banyak menolong. Terima kasih laaa untuk adik-adik dan hubby tercayang.. ahakkkssss

Terlanjur dah masak banyak-banyak, Mr Hubby pun panggil lah kawan-kawan dia sekali datang bertandang. Jadinya semalam dah jadi ala-ala mini open house lah di rumah saya.

Rumah saya merupakan rumah terakhir yang diterjah kumpulan Marhaban, saya bajet orang tak makan sangat kat umah saya. Sebab yelah rumah terakhir, sebelum rumah saya ada 8 buah rumah lain yang mana tiap-tiap rumah makan makanan berat dan sedap. Tapi Alhamdulillah, di rumah saya semua tetamu makan jugak. Lega saya... takut jugak kalo soto yang seperiuk besar tak habis. Sampai petang bila kawan-kawan hubby datang, habis licin soto saya. Siap kena top up dengan mee goreng. Suka hati saya bila habis semua masakan saya habis. Tak laa membazir. Suami saya kata soto saya sedapppp... ahahhahaaaaa.... sengaja laaa tu amik hati saya sebab dia panggil kawan-kawan dia datang ramai... :P
Suami saya memang dah lama nak panggil kawan-kawan dia datang sempena raya, cuma dia kesian nak suruh saya prepare ala-ala nak buat open house. Tapi terlanjur dah buat Marhaban, maka dia pun panggil laa kawan-kawan dia datang.

Semalam Mama Dhea a.k.a Sha telah sudi berkunjung ke rumah saya juga. Yelah kawan-kawan bloggerz yang dekat sudah datang beraya ke rumah saya, cuma dia saja yang belum mampir. Jadi saya ajaklah dia datang sekali. Tapi Sha datang lambat, jadi tak dapatlah merasa soto.. ada mee goreng aje. Terima kasih lah Sha sebab sudi gak beraya ke rumah... ;)

Apapun saya lega sebab semuanya telah selamat semalam. Berjaya jugak saya masak untuk tetamu-tetamu saya... Alhamdulillahhhhh....

Sebenarnya memang seronok kan kalau kita buat makan-makan untuk kawan-kawan. Apatah lagi kalau kita sendiri yang masak. Memang penat, tetapi rasa penat tu macam tak terasa bila tengok makanan yang kita masak habis dimakan. Happy je rasa.... Btol tak??? ;)


Thursday, October 8, 2009

Kenapa Sabotaj Hakuuuu.....

............ wahai Cel.com BerukBeng Broad.band?????????????????

Sebab wifi kat skolah yang free nih sejak sebelum Raya tak okeh-okeh, maka aku pun sanggup membayar RM20 untuk Broadband Weekly. Lagipun, aku kan stay kat umah mak aku sampai petang, jadi agak sangap jugak kalo tak boleh berinternet. Kata blogger tegar kannnnn...

Tapi dari malam tadi line lembab macam siput sedut... mencikkkkk aaaaarrrrrrrrr....




Wednesday, October 7, 2009

Merah...

Siapa yang suka warna MERAH ???

Merah nampak berani, merah nampak terang, merah nampak begitu hidup, merah nampak berseri dan membara. Di antara warna-warna yang kusam, jika terselit warna merah akan lebih menyerikan warna-warna itu.

Merah ohhhh merah....

Bunga kebangsaan kita warnanya merah, Jalur Gemilang kebanggaan kita pun dijalurkan dengan warna merah, ros merah lambang cinta yang membara, darah yang mengalir dalam tubuh kita pun merah warnanya.

Sungguh besar impak merah dalam kehidupan kita samada kita sedar atau tidak.

Saya pun suka warna merah. Kalau pakai baju warna merah, saya merasa lebih bersemangat dan menonjol.

Tetapi saya tak suka lipstik merah, sungguh tak boleh layan kalau membawa bibir yang merah menyala ke sana-sini. Tetapi, saya sangat sukakan lipstik merah muda atau merah jambu atau kata Brad Pitt - "pink colour". Warna merah-jambu ini pun sangat menawan hati saya sehinggakan saya asyik beli lipstik dalam lingkungan rona merah-jambu. Handbag raya saya kali ini pun warnanya merah-jambu-terang. Baju-baju raya saya pada tahun ini pun, ada 3 helai yang warnanya merah-jambu. Masih lagi ada perkataan merah di situ.

Itulah di antara impak merah di dalam kehidupan saya ini.

Namun sejak akhir-akhir ini, warna merah telah mengganggu kredibiliti saya sebagai seorang guru. Saya susah hati, namun terpaksa redha. Puncanya pastilah kesilapan saya sendiri.

Mood saya bercelaru sejak akhir-akhir ini kerana warna merah.

Merah oh merahhhhhhhh.....

Saya boleh terima apa sahaja berkaitan warna merah.

Tetapi yang satu ini benar-benar sukar untuk saya terima.

Saya rasa tertekan apabila.......

.


.




.




.




.




.



Punch card saya asyik berwarna merah sejak naik cuti Raya ini....



Saya tahu, Tuan Guru Besar sedang cuba bertoleransi dengan saya di atas kemerahan punch card saya sejak akhir-akhir ini kerana beliau sedia maklum dengan masalah yang melanda saya. Tetapi saya termalu sendiri, bila nak punch card depan batang hidung dia.

Sebenarnya punch card saya tidak perlu berwarna merah, jika pasangan sehati berdansa sehidup-semati saya memberikan kerjasama dan menepati masa.

Sayang... boleh tak mulai esok abang bangun awal sikit dan jangan bertapa dalam toilet tu lama-lama?? Kesian tauuu saya, punch card asik merah ajerrrr.... Abang nampak tak muka saya hari ini merah padam sebab sangat lambat ini hari????? Boleh yer sayangggg... kalo nak bertapa dalam toilet lama-lama pun, tunggulah lepas buah hati abang yang satu lagi tu sudah keluar dari wad.... ye sayang yerrr????



Sekian dari saya yang marah berpunch-card merah.

Tuesday, October 6, 2009

Aktiviti Harian Saya...

Aktiviti harian saya buat masa ini adalah....

1. Pagi : Pergi sekolah (hubby hantar)
2. Tengahari : Balik sekolah (ayah ambik)
3. Petang : - Tunggu hubby jemput balik umah
- Masak
- Kemas umah (kalo sempat dan tak penat, kalo tak lump sum hari jumaat je lah)
- Basuh baju
4. Malam : - Makan
- Sidai baju (wajib sidai, sebab esok pagi-pagi hubby dah tak leh nak tolong sidai)
- Layan anak-anak dan suami
- Tido

Eh.. penat betul saya tengok aktiviti harian saya nih... Bilalah nak balik pada asal balikkkk.... huhuhuuuuuu..... kesian... kesiannnn.....

Monday, October 5, 2009

Terjah!!!

Semalam saya telah beraya ke daerah Kulai. Maka semalam jugalah masanya saya terjah beraya ke rumah Cik Yu.Es @ Memey @ Rossa @ Umi Sufira. Mama Ealyie juga telah berkesempatan meluangkan masa bersama ketiga-tiga heronya. Walaupun Yu.Es telah membuat open house pada hari Sabtu, namun saya tidaklah menghadiri sesi open house tersebut kerana rancangan beraya ke Kulai adalah pada hari Ahad, lagipun kalo datang masa open house mesti tak syiokkk kerana tak dapatlah bergossip-ria, memandangkan tuan rumah yang sibuks melayan para tetamu.

Kami telah dihidangkan nasi beryani mabeles, nasi impit dan kuah kacang serta puding koktail yang memang sedap. Walaupun perut saya masih penuh kerana baru lepas makan nasi di rumah kawan Mr Hubby sebelum itu, tetapi masih juga berjaya menyempitkan lagi perut dengan hidangan dari tuan rumah.

Anak-anak pun dah ngam bersama. Jadi mak-mak lebih bebas bergossip-ria lah... :P

Maka sambil bergossip-ria, sempatlah jugak we ollss meng'snap' gambar untuk ditempekkan di blog ini juga di facebook... Silalah tatapi kemeriahan yang kami rasai semalam... :)

Teruna idaman di apit oleh dara-dara pojaan... :P



Tengok Aina yang sudah ngammm dengan Syaura,
kemain sayang lagik kat kakak Syaura.. ahahhaaa


Tengok tu.. mengendeng lagik si Aina kat kakak Syaura..
Oppsss... Adik enterprem...
Sungguh terserlah 'dahi licin' adik.. :P


Ni lagi gambo bermanjer-manjer Aina & kakak Syaura...


Gembira sungguh Incik Iris dikelilingi gadis-gadis rupawan...



Okeh.. giliran mak-mak pulak berpossing...
Masih terselah ayumu mak-mak orang nih kannnn... kahkahkahhh




Friday, October 2, 2009

Aktiviti Hujung Minggu...

Yezzaaaaaaaa... ini hari sudah Jumaat. Esok hujung minggu sudah bermula. Cuti hujung minggu dalam bulan Syawal, pastilah sudah terisi aktiviti hujung minggu anda kannn. Mungkin ada yang buat open house atau memenuhi jemputan open house.

Saya??? Tidaklah membuat open house.. Perancangannya mahu beraya ke rumah kawan-kawan sahaja. Hari Ahad, Mr Hubby ajak beraya ke rumah besprennya di Kulai. Maka saya juga akan menyinggah ke rumah orang Kulai yang mahu membuka pintu.. hahahhaaaaa....

Anda bagaimana??? Sudah penuhkah aktiviti hujung minggu anda???


Thursday, October 1, 2009

Sangap....

Saya merasa agak sangap sejak naik cuti raya nih. Sangap berblogging. Pertamanya sebab masa berinternet sudah jadi agak limited. Hanya terhad kat skolah sahaja, tu pun kalo internet-connectionnya tak buat hal. Sejak naik sekolah nih, saya dihantar setiap pagi oleh Mr Hubby ke sekolah dan dijemput balik oleh ayahanda ke rumah mak ayah saya. Maka menetaplah saya di situ sehingga petang, menanti Mr Hubby pula menjemput saya selepas dia balik kerja. Agak huru-haralah kehidupan saya sejak akhir-akhir ini. Penattttt.. Balik rumah dah petang, nak mengurus rumah pulak, nak masak, nak itu, nak ini... hadoiiiii.. semua ni buat semangat saya merudum-rudum. Maklum dah biasa balik rumah awal, bila petang semua kerja-kerja rumah dah settle. Jadi agak mandommm jugak lah bila jadual hidup tiba-tiba berubah secara drastik.

Nak update blog pun macam tak menyempat aje. Harapkan waktu malam, tapi biasa malam dah
terbongkang awal melayan anak-anak. Setiap hari melawat blog kawan-kawan kadangkala tidak sempat meninggalkan jejak kasih

Hari ni, tengahari Hubby akan jemput saya. Kami nak pergi ke bengkel kereta untuk sign dokumen berkaitan claim. Hmmm.. baru nak sign dokumen okehhhh... nak order barang, baiki semua.. entah bila agaknya kereta nak siap. Btol-btol mati kutu saya bila tidak berkereta nih. Harap-harap sebelum deepavali siaplah cepat. Saya bercadang nak ke KL, sebab ada kawan yang kawen masa deepavali nanti. Tapi kalo kereta tak siap, tak dapatlah nak pergi...

Itulah cerita saya yang 'sangap' sejak akhir-akhir ini....